Thursday, December 24, 2009

NaSiHaT LuQmaNuL HaKiM..


NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA...


Wahai anakku! Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu.


Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)"



"Wahai anakku! Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."


"Wahai anakku! Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."


"Wahai anakku! aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."


"Wahai anakku! Aku sudah merasakan segala benda-benda yang pahit, tetapi aku belum pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."
"Wahai anakku! Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan bermacam-macam kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah dari menanggung hutang."


"Wahai anakku! Sepanjang hidupku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para nabi yang lalu, sabda mereka :


1) Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiranmu.


2) Apabila engkau berada di rumah orang lain, hendaklah kamu menjaga matamu (pandangan matamu).
3) Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidahmu (perkataanmu).
4) Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangaimu.
5) Ingatlah kepada Allah s.w.t.
6) Ingatlah akan mati.
7) Lupakanlah budi baikmu terhadap orang lain.
8)Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap dirimu

Tuesday, December 22, 2009

Takziah..


Salam Tahun Baru Hijrah buat semua. Sepanjang cuti semester ni pelbagai peristiwa yang saya lalui. Ada suka, ada duka..ada yang membahagiakan jua ada yang mengecewakan..Hati terasa membuak-buak ingin menulis di ruangan ini tapi apakan daya kawasan yang didiami sepanjang pecutian mempunyai masalah liputan jaringan.

Sekadar membaca dan meninjau-ninjau blog sendiri pun mengambil masa yang agak lama. Atas alasan tersebut biarlah dipendamkan saja apa yang terbuku di benak fikiran ini. Tunggulah tiba saat dan ketika yang sesuai...

Jauh di sudut hati saya amat bersimpati dan berasa sedih sekali dengan berita yang diterima baru-baru ini.

Berita pemergian Ustaz Arman amat-amat mengejutkan saya dan ramai insan di sekelilingnya. Beliau telah PERGI dan TAKKAN KEMBALI..

Bagi saya Almarhum Ustaz merupakan seorang guru yang baik, bertanggungjawab, mengambil berat, mudah mesra dan tegas terhadap anak-anak didiknya.

Sepanjang saya berguru dengannya, kami ( saya dan rakan-rakan ex-hamidians STPM2000) amat akrab. Akrab bukan sahaja dengan Almarhum, malah bersama seluruh ahli keluarga terdekat beliau kami juga turut dijadikan seperti keluarganya sendiri.

Susah untuk dilupakan segala jasa dan pengorbanan seorang guru seperti beliau.
Barangkali mereka yang tidak kenal rapat dengan beliau akan menilai Almarhum dengan penilaian yang sebaliknya.
Perasaan terkilan makin terasa bila terkenangkan hajat beliau untuk turut serta dalam Majlis Reunion Bekas Pelajar Maahad (STPM2000) tahun hadapan. Menurut Almarhum, beliau sekeluarga akan pulang ke Malaysia barangkali pada bulan Julai. Memandangkan hajatnya untuk turut serta dalam majlis tersebut kami ( rakan-rakan ex-hamidians ) merancang untuk mengadakan majlis tersebut pada sekitar tarikh yang akan ditetapkan oleh beliau. Tapi apakan daya..kita hanyalah insan yang sentiasa mahu merancang yang terbaik untuk diri masing-masing, namun DIA yang Maha Berkuasa untuk menentukan malah menggagalkan segala yang kita rancangkan. Allah lebih sayangkan Almarhum..dalam usia 35 tahun DIA telah mengambil semula HAKNYA..

Doa saya mudah-mudahan Almarhum Ustaz Arman akan dirahmati Allah dengan rahmat Allah yang seluas-luasnya. Salam Takziah buat Ustazah Suriani ( isteri ) sekeluarga. Moga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga..Amin

Monday, November 16, 2009

Aksi Damia Siri 2

Haa...dah lama tak upload foto2 si kecik nih.. kepada sesiapa yang rindukan tuan puteri ni, meh ler kite tatapi aksi-aksi anakanda tercinta saya ni..bukan main seronok lagi Damia bila terlepas dari 'kurungan' . Bergerak ke sana ke mari dengan baby walker kepunyaannya.
Damia ni suka sangat dengan angin. Kebetulan petang hari tu angin sepoi-sepoi lughah..hee..asyik gelak je sepanjang petang tu..hmm..seronok betul nengok dia happy..

Alah bucuk-bucuk ummi nih...buat apala...mata adik macam tu? angin kuat sangat agaknya..hihi..tak pun saja je nak tunjuk pose yang menarik depan kamera.

Uih...apalah yang menggelikan hati Damia Zahra agaknya ye..?Boleh kongsi dengan ummi dan kawan-kawan ummi tak?


" Saje je...Damia tak nak masuk rumah ok tak ummi? kita main-main kat luar je.." heee...


Demikianlah anakanda saya..sekarang dah ada gigi 4 batang. Baru pandai nak merangkak.berjalan or panjat-panjat belum lagi pun.seriau agaknya.
Pulak tu dah pandai jerit-jerit bila orang tak layan dia,rayau-rayau sorang2 dia dalam rumah,observe semua bilik yang ada sampaila ke dapur,spot check la konon...and then sepah-sepahkan barang dalam rumah.
Bila ummi marah dia buat dek je...macam takde perasaan and in the end...tampak lah gigi nya yang 4 batang tuh...heee..apa lagi..tersengih-sengih la depan ummi bila dah kena marah...lepas tu dia buat lagi.sabar je la..

Ok, till then..tunggu foto yg seterusnya yek..Akan menyusul Aksi Damia Siri3..

SeGaLaNya UntuKMu..

Ummi...adik nak mamam jugak la...
Hujung minggu lepas, kami sekeluarga saja-saja keluar outing ke Penang. Awal seminggu saya telah booking meja untuk dinner sama2 di salah sebuah hotel di sana. Memandangkan saya dan suami jarang bertemu, kami cuba luangkan masa untuk kami suami isteri dan tidak lupa juga masa untuk puteri tersayang.
Kadangkala rasa kasihan pula bila terkenangkan rutin harian saya sepanjang hari-hari bekerja. Rasa kasihan pada sang puteri...Asyik-asyik balik lewat. Jadi lewatlah waktu saya menjemputnya pulang ke rumah. Paling awal pun jam 3.30 baru dapat menjemputnya pulang. Tapi sejak akhir-akhir tahun ni suasana di sekolah begitu menyibukkan. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Kalau boleh biarlah semuanya diselesaikan di tempat kerja. Atas alasan itulah saya sering pulang lewat begitu juga dengan rakan-rakan sekerja saya yang lain. Mahu tidak mahu jam 4 petang, 4.30 petang baru dapat berangkat ke rumah. Itu belum termasuk hari Rabu ( Ko-Kurikulum) jam 6 la jawabnya saya dapat bergerak .
Ummu Damia & Ibnatulhafiz..
Lain lah jika suami ada bersama. Dapatlah bergilir ganti menjemput anak pulang ke rumah. Sebaliknya semua hal saya lakukan sendirian. Setiap hari bila terdengar deruman enjin kereta saya di hadapan rumah pengasuh, Damia begitu gembira sekali.Melonjak-lonjak keriangan...Itu baru dengar bunyi enjin kereta..belum lagi dengar suara ummi nya..Damia...damia... Rasa keletihan yang saya rasai di tika itu lenyap begitu saja bila terpandang riak keriangan di hati sang anak. Begini rupanya rasa hati insan-insan yang sudah berkeluarga.Anak adalah penawar hati ibu dan ayah...Subhanallah..


Damia & Uda. Tengah tunggu ayah ambil kereta..Dah kenyang dah..

Berbalik pada makan malam hujung minggu lepas, turut serta adik bongsu saya yang sedang bercuti semester dari pengajiannya ( UiTM Shah Alam ). Setibanya di sini dapatlah juga dia menemani saya di hari-hari bekerja yang masih berbaki ni. Sampai bila la saya akan begini.. Mudah-mudahan suatu hari nanti kami sekeluarga dapat tinggal bersama. Insya Allah..
Maafla..Entri ni tak dapat disertakan gambar menu makan malam pun..Damia asyik nak tepuk, tarik dan cekau je makanan kat situ..So, letak dia jejauh sket daripada makanan.Hee..
Damia & ayah..Say Cheeez










Gambar atas feri...saje je...nak ambil angin..


Ok.. Setakat ini sahaja. Moga kita berkesempatan untuk outing lagi di lain hari,minggu or tahun..Utamakan Keluarga.... Segalanya Untukmu..Luv both of U..

Wednesday, November 11, 2009

HARI JQAF PERDANA SKAM 2009

Salam Ukhuwah buat semua...

  • Rabu-11 November 2009- Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim telah mengadakan satu majlis khas bagi murid-murid JQAF 2005-2009 ('Hari j-QAF Perdana') bagi sesi 2009.


  • Antara aturcara yang terkandung di sepanjang majlis berkenaan ialah acara penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya khususnya ( bagi program-program tahunan - Perancangan strategik j-QAF : JAWI, AL-QURAN, B.ARAB & KEM BESTARI SOLAT ).


  • Selain itu, terdapat juga persembahan daripada murid-murid; antaranya Nasyid Bahasa Arab daripada murid-murid Tahun 2, Persembahan Sketsa daripada murid-murid Tahun 5 serta Nasyid Pendidikan Islam daripada murid-murid Tahun 1. Acara spontan ( Kuiz ) juga turut diadakan.

  • Murid-murid didapati begitu bersemangat untuk mengadakan persembahan, begitu juga para hadirin ( 'produk' j-QAF 2005-2009) begitu gembira menyaksikan persembahan yang disajikan.

  • Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya kami telah berjaya melaksanakan segala tugas-tugas / program-program yang telah dirancangkan sepanjang tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan j-QAF SKAM kerana telah bertungkus-lumus menyempurnakan majlis tersebut biarpun di celah-celah kesibukan mampu berkorban masa dan tenaga bagi kebaikan bersama.

  • Mudah-mudahan Majlis j-QAF Perdana pada tahun-tahun yang mendatang dapat diadakan dengan lebih meriah dan lebih baik daripada hari semalam. INSYA ALLAH...
Bergambar bersama Pn. Guru Besar SKAM.
Acara Penyampaian hadiah bagi mereka yang berjaya


Lakonan sketsa daripada murid-murid Tahun 5 " Suasana Subuh.."


Inilah produk-produk j-QAF...Generasi yang kelima ( Tahun 1 2009)
Persembahan daripada murid-murid Tahun 1.
"..Bil Uzuni Ana Asma'u..Ana Asma'u...Ana Asma'u.."
Bersemangat betul adik-adik ni...

'Bila Izrail datang memanggil...'
Sebahagian daripada lakonan sketsa murid-murid Tahun 5

That's all..
Moga ketemu lagi di lain tahun.
tak tahulah sama ada saya masih di sini lagi atau di madrasah lain pada tahun akan datang..
Biar apapun terjadi..
Di mana pun kita berada...
Semangat kita tetap sama..
Moga Ukhuwah Yang Terjalin
Berkekalan ke akhir hayat hendaknya.
Selamat Berjuang buat Semua.
HIDUP j-QAF!!

Sunday, November 8, 2009

TaZkiRaH HaTi..

Kita suka bila kita DIPERCAYAI

tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

Kita suka bila kita DISANJUNGI

tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?

Kita tidak suka DICACI

Tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?

Kita tidak suka DIKHIANATI

Tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?

Kita tidak suka MENZALIMI

Tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain?

Kita tidak suka DIBENCI

Tetapi kenapa kita suka membenci orang lain?

Kita tidak suka DISAKITI

Tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?

Kita tidak suka DIPERSALAHKAN

Tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?

Kita tidak suka DIKRITIK

Tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?

Kita tidak suka hak kita DIRAMPAS

Tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?

Kalau kita ingin DIHORMATI

Kita juga mesti BELAJAR MENGHORMATI orang lain

Kalau kita ingin DIHARGAI

Kita juga mesti BELAJAR MENGHARGAI orang lain

Kalau kita ingin DIFAHAMI

Kita juga mesti BELAJAR MEMAHAMI orang lain

Kalau kita ingin DIKASIHI

Kita juga mesti BELAJAR MENGASIHI orang lain

Kalau kita ingin DISAYANGi

Kita juga mesti BELAJAR untuk MENYAYANGI orang lain.

Kita suka bila kita DIPERCAYAI

Kita suka bila kita DIHARGAI

Kita suka bila kita DIHORMATI

Kita suka bila kita DIKASIHI

Kita suka bila kita DIFAHAMI

Kita suka bila kita DISAYANGI

Kita juga suka bila kita DIPUJI...

Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MEMUJI PENCIPTA dan PENTADBIR alam semulajadi?

Kita juga suka bila kita DICINTAI

Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MENCINTAI dan MENCARI CINTA RABBUL IZZATI?

Kenapa kita begini???

Ketuklah HATI...KOREKSI PERIBADI..

Moga kita sama-sama dapat koreksi diri dan sentiasa dirahmati Ilahi Rabbi. Insya Allah...

Wednesday, November 4, 2009

JeJaK KaSiH..

MAAHAD CEMERLANG BUDAYA KITA...
Foto ini diambil ketika saya masih menuntut di SMKA Maahad Hamidiah Kajang sekitar tahun 1999 /2000. Rasa rindu pula saat-saat belajar bersama rakan-rakan.


Apalah khabarnya mereka sekarang.., semuanya sudah berumah tangga ke belum?sudah mempunyai anak-anakkah?bekerja di mana sekarang?Pelbagai soalan timbul dan ingin diutarakan seandainya dapat bertemu.


Zaman persekolahan sememangnya menyeronokkan saya terutamanya ketika saya menuntut di SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Bagi saya di situlah bermula segala-galanya..


Sebagai seorang pelajar / calon STPM, setiap pembelajaran memerlukan pengorbanan dan usaha yang berganda berbanding pelajar / calon peperiksaan selainnya. Di situlah platform bagi saya memulakan segalanya. Daripada seorang yang pendiam dan pemalu di dalam kelas, saya telah berubah menjadi seorang yang lebih berani ( berbanding sebelumnya ) dan tidak lagi seorang yang terlalu pemalu.


Mana tidaknya..setiap kali waktu P&P saya merupakan insan pertama yang perlu membentangkan hasil kerja saya mahupun tajuk perbahasan yang ditaklifkan oleh guru-guru memandangkan kedudukan saya adalah yang PERTAMA, paling tidak pun betul-betul DIHADAPAN meja guru.


Setiap kali tiba sesi pembentangan, pasti hati saya berdebar-debar..takut untuk bercakap..tidak yakin untuk berdiri di hadapan khalayak dan macam-macam lagi perasaan yang timbul dan bermain-main di fikiran.


Sedar tak sedar, entah bagaimana mampu juga rupanya saya hadapi semua itu walaupun pada hakikatnya saya rasa betul-betul tiada keyakinan diri . Bermula daripada situ saya rasa semakin berani, berkeyakinan diri dan rasa dihargai oleh guru-guru . Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan dan para guru kerana secara tidak sedar mereka lah ( pendorong ) yang menjadikan 'saya' sepertimana hari ini.
Hari ini saya berdiri sebagai seorang GURU..Saban hari berhadapan dengan murid yang bersifat PENAKUT , PEMALU dan TIADA KEYAKINAN seperi saya satu ketika dahulu. Bila berhadapan dengan murid-murid berkenaan, terbayang-bayang diri saya ketika masih di bangku sekolah. Saya cuba memberi keyakinan kepada mereka pula bahawa mereka juga BOLEH melakukannya.
Adakalanya saya cuba berkongsi kisah dan pengalaman belajar saya bersama murid dengan harapan mereka dapat berubah ke arah yang lebih positif , lebih bersemangat dan tidak seperti dulu lagi. Alhamdulillah, mereka mampu berubah juga akhirnya..
Berbalik mengenai sekolah lama saya.. di situ telah menjadikan saya dan rakan-rakan lebih akrab sesama sendiri serta guru-guru di situ sendiri. Benarlah ungkapan yang ada terpamer di sekolah berkenaan, " MAAHAD PENYAYANG" .. Guru-guru dan rakan-rakan, mereka benar-benar penyayang di mata hati saya. Ini adalah pandangan peribadi saya hasil daripada pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang menuntut di sekolah tersebut. Sekiranya ada pihak yang menyangkal pandangan saya itu adalah hak masing-masing.


Kepada rakan-rakan saya...terima kasih atas segalanya.Memori bersama kalian tak pernah terpadam di lubuk ingatan saya. SEMUSIM KITA BERSAMA, SEABAD TERASA MEMORINYA..


Kepada bekas guru-guru saya...antaranya Pn. Rohani ( Guru Kelas merangkap Guru B.Inggeris ),En. Arman Rusoff ( Guru B.Arab ),Pn. Rabiatul Adawiah ( Guru Usuluddin ),Pn Aziah ( Guru Syariah )Pn. Abidah, Pn. Azmah, En. Asri, Pn. Zubedah, (Semuanya Guru Pengajian Am), tidak lupa juga bekas Pengetua SMKAMH, Bonda Hjh Yong...Ayah Chik@ En. Mohsin ( Guru Bimbingan & Kaunseling ) terima kasih kerana membimbing saya dan rakan-rakan. Mudah-mudahan segala jasa dan bimbingan yang dicurahkan diberkati oleh Allah S.W.T.


Kepada rakan-rakan yahoogroups x-hamidians2000, cepat-cepatla bincang...bila date yang sesuai kita nak adakan reunion?


Mudah-mudahan diberi kesempatan oleh Allah Taala..kita akan bertemu lagi di suatu masa nanti. Ameen.

Saturday, October 31, 2009

SELESAI...


Alhamdulillah..banyak betul perkara yang perlu diuruskan pada bulan Oktober yang lalu dan kini sebahagiannya telahpun selesai. Dalam kekalutan tesebut saya merasakan begitu lama saya tidak menulis di ruangan ini. Walaupun pada hakikatnya saya masih berkesempatan untuk 'menjenguk' blog sendiri dan orang lain bagi mengisi saat-saat kebosanan dengan kesibukan yang dialami sambil berkongsi pengetahuan yang makin tipis akhir-akhir ini.



Bermula dengan pelaksanaan KEM AQIL BALIGH di kalangan murid-murid Tahun 6, semua GPI dan Guru j-QAF terlibat bagi menjayakan program tersebut. Hajat di hati ingin memasukkan entri program tersebut tergendala disebabkan oleh faktor masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun semuanya dapat dijalankan dengan lancar.



Seterusnya Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 4 dan 5 masing-masing mempunyai 2 set soalan ( Kertas1 + Kertas2 ) yang perlu dijawab oleh murid-murid. Selesai imtihan, seperti biasa sesi pemeriksaan kertas jawapan murid pula perlu disegerakan memandangkan pengisian data e-pelaporan perlu dilaksanakan untuk penyerahan pada penghujung bulan Oktober. Alhamdulillah...perkara ini pun telah selesai dan dihantar pada Khamis baru-baru ini.



Namun pada hari ini masih ada 1 lagi perkara yang belum selesai. MAHRAJAN JQAF yang akan diadakan pada 3November 2009. Mudah-mudahan semuanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna hendaknya..

Wednesday, October 7, 2009

JaMuaN RaYa AiDiLfiTri JQAF


Pada hari Rabu bersamaan 7 Oktober 2009 saya bersama rakan-rakan guru j-QAF yang lain bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah sempena Jamuan Aidilfitri anjuran Guru-guru j-QAF SK Air Merah. Alhamdulillah, semua yang kami rancangkan dapat berjalan dengan lancar. Walaupun di sekolah sering saja sibuk dan kesuntukan masa, kami tetap cuba sedaya-upaya mencari satu masa yang sesuai untuk mengadakan suatu majlis agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama guru dan staf tanpa mengira opsyen, agama dan pangkat..


Sebahagian daripada guru-guru sedang 'LAYAN DIRI'masing-masing untuk menjamu selera.

Antara hidangan yang kami sediakan..

Hayya Ta'al ila Ghurfati j-QAF!!Macam-macam ada...

Sebahagian daripada rakan-rakan guru dan staf yang hadir..

Sila lah...sila...jangan memalu yek!

makan kenyang-kenyang..!Kalau lapar jemputla datang lagi. heee..

Si Baju Biru...
Dari Kiri: Cik Siti Rohani,Saya ler..,Cik Cheah Huey Mei,Pn. Nur Shafinah dan Cik Syazwana..

Barisan Muallimah j-QAF SKAM 2009.
Terima kasih kepada semua yang hadir..Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada rakan-rakan saya. Tak lupa juga terima kasih buat Muallimin j-QAF : Ust Ahmad Bukhari, Ust Wan Mahadzir dan juga Ust Mohd Najib yang turut sama membantu sepanjang persiapan majlis jamuan ini.
InsyaAllah , Tahun depan kita anjurkan lagi..Moga ukhuwah berkekalan!! Salam Lebaran..

Tuesday, September 15, 2009

Demam lagi...


Hari ni saya tak bekerja.Ambil cuti rehat 1 hari memandangkan Damia Zahra terkena demam panas dan selsema. Jarang dia demam panas sampai suhu badannya mencecah 38 darjah celcius. Masuk hari ni dah hari ketiga Damia demam.Saya cuba berikan ubat demam dan selsema yang masih berbaki sebelum ni. Ternyata ubat bekenaan masih belum mampu membantu menyembuhkan demam selsema tersebut.

Jadi saya mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik pada pagi ni ekoran waktu rawatan ( 5.30 - 9malam ) begitu sesak dengan pesakit kanak-kanak tambahan pula penyakit H1N1 semakin menular dan mudah tersebar di tempat-tempat yang sesak.

Pernah 1 hari saya dan suami ke klinik berkenaan (KULIM CHILD SPECIALIST CLINIC) sewaktu checkup Damia yang pernah demam sebelum ni..pada hari itu sahaja didapati 3pesakit yang dikenalpasti menghidapi Virus H1N1.Bimbang juga saya akan kesihatan Damia Zahra. Jadi kali ni saya cuba membawanya untuk dirawat pada waktu pagi yang didapati tiada 'kesesakan'.

Tadi terkejut juga saya setelah checkup doktor mengatakan yang semua tanda-tanda penyakit berbahaya itu terdapat pada anak saya. Tetapi doktor cuba meminta kebenaran saya untuk membuat ujian khusus bagi memastikan kesahihannya. Kecut perut saya dibuatnya.Kata doktor keputusan tersebut akan diperoleh setelah 15 minit.Macam-macam yang doktor lakukan pada Damia untuk dapatkan sampel 'flu' yang terdapat pada Damia. Damia menangis kesakitan.Berlinang air matanya. Kasihan saya memandangnya.Sebak hati..bergenang air mata saya. Cuba saya tahan.Hati saya menangis Tuhan sahaja yang tahu.Begini rupanya perasaan seorang ibu..Patutlah kata-kata ' IBU MANA YANG TAK SAYANGKAN ANAKNYA..'selalu bermain di bibir masyarakat.Rupanya inilah yang saya rasa. Baru hari ini saya dapat merasakan semua itu.Besarnya kasih sayang seorang ibu..

Setelah selesai saya menanti di luar kamar doktor dengan penuh debaran di hati. Mulut dan hati tak putus-putus berdoa kepada Allah mohon semua yang saya dengari sebentar tadi adalah tidak benar belaka.Mohon agar Allah permudahkan kehidupan Damia dan kami suami isteri.

Alhamdulillah..setelah 15minit berlalu,saya dipanggil semula untuk kembali ke kamar doktor. doktor mengesahkan yang keputusan yang diperoleh adalah NEGATIF. kata doktor mungkin virus yang dijangkiti Damia adalah virus biasa.berbeza dengan virus H1N1 biarpun tanda-tanda yang dikenalpasti adalah serupa.Kata doktor lagi Damia perlu adakan rawatan susulan di klinik berkenaan pada esok hari bagi memastikan kesihatannya sentiasa terkawal.Syukur Alhamdulillah..Mudah-mudahan tiada penyakit yang berbahaya menimpa anak saya. Pohon rakan-rakan doakan anak saya agar cepat sembuh.. InsyaAllah..

Monday, September 14, 2009

SaLaM AiDiLFitRi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum rakan-rakan pembaca semua.. rakan-rakan sepejabat, rakan-rakan jQAF di mana jua berada,rakan-rakan semaktab x-mpsah 2005,rakan-rakan x-hamidians kajang, rakan-rakan x-upm especially fac mate FBMK dan sesiapa sahaja yang mengenali.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, September 12, 2009

PanTas ke Tak?

Sebentar tadi saya cuba surf net. Macam biasa bila ada masa terluang suka sangat baca blog rakan-rakan jQAF tak kira la di mana jua mereka berada. Saya tertarik setelah membaca 'blog mendidik' milik ustaz Nazri. Ada disertakan Ujian Kepantasan Menaip ( Malaysian Typing Speedtest ). Apa lagi...saya cuba la turut serta menguji kepantasan jemari saya dalam menaip. Ternyata saya masih benar-benar belum mahir dalam bab taip-menaip ni. Bagus juga bila diwujudkan ujian sebegini di dalam internet. Tidak semua di kalangan kita yang berpeluang untuk menguji kepantasan menaip secara kendiri. Keputusan bagi hasil ujian menaip saya adalah seperti berikut...

SAYA MENAIP 32 PERKATAAN SEMINIT..

"Kamu mencapai 164 markah,
jadi kamu berada di posisi 3597 dari 9790 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 209 aksara seminit
Kamu mendapat 32 perkataan betul dan kamu mendapat 0 perkataan salah"

Rakan -rakan yang ingin mencuba bolehla klik di sini..http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Saturday, September 5, 2009

TAHU, MAHU & MAMPU?

Assalamualaikum.Sekadar ingin berkongsi. . Saya baru sahaja selesai menonton sebuah drama yang bertajuk "Antara Garisan" yang ditayangkan di Saluran Astro Ria sebentar tadi.
Pelbagai persepsi timbul di benak fikiran saya. Pada pandangan saya, seandainya sesuatu perkara itu dipandang dari sudut positif, maka positif lah ia. Manakala jika ia diberi penilaian dari sudut yang sebaliknya maka yang kita peroleh adalah sebaliknya jua.
Mungkin sebilangan sahaja yang berpeluang menonton drama tersebut. Namun saya yang ditemani anak kecil ( berdua sahaja )mengambil peluang menonton bersama sambil menyeterika pakaian kerja saya dan suami untuk esok hari.

Saya berasa tertarik untuk menonton kisah tersebut hingga ke akhirnya ekoran kisah ini melibatkan watak seorang USTAZ yang baru sahaja mula berkhidmat di sebuah sekolah menengah setelah tamat belajar di salah sebuah universiti tempatan. Ringkasnya di sini, di dalam kekeliruan di sebalik hasutan syaitan yang bertopengkan manusia, USTAZ muda ini dalam masa yang sama begitu teruja untuk berjihad di jalan Allah ( Amar Maaruf Nahi Mungkar ).Namun perlaksanaan jihadnya itu telah menyalahi norma keislaman yang sebenar di mana beliau telahpun menggunakan kekerasan dalam mencegah kemungkaran yang berlaku di ketika itu. Sedar tak sedar USTAZ tersebut telah diberi ujian oleh Allah S.W.T dengan kehadiran seorang wanita yang istimewa pada pandangan mata hatinya. Akhirnya dirinya sendiri yang sentiasa disanjung oleh masyarakat sekeliling telah menjebakkan diri sendiri ke kancah perzinaan tanpa dia sedari. Kisah ini seolah-olah menggambarkan balasan Allah terhadap hambaNya yang telah mengaibkan saudara seIslamnya.

Di sinilah pentingnya kawalan AKAL terhadap kata HATI. Dalam kesamaran kita berkemungkinan terjerumus ke satu garisan halus yang boleh menyesatkan sesiapa sahaja seandainya sesuatu tindakan yang diambil itu tiada pertimbangan AKAL dan IMAN.

Rata-rata golongan yang berpendidikan agama seperti kita akan dipandang tinggi dan mulia di kalangan masyarakat. Namun hakikatnya tidak semua insan yang berpendidikan agama itu benar-benar berpengeTAHUan dalam berAGAMA.

Bukan saya ingin merendah-rendahkan martabat guru agama seperti saya, tetapi sekadar meminta golongan berkenaan seperti saya untuk membuat penilaian ke atas diri masing-masing. Suka saya memetik satu petikan daripada karangan Yg Berbahagia Ustaz Hasrizal di dalam karya beliau yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya" yang mana beliau telah menyatakan peri pentingnya kita sebagai masyarakat untuk membezakan di antara golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Apabila saya terbaca petikan ini saya cuba menganalisa diri. Di manakah kedudukan saya yang sebenarnya? Jika dilihat pada cerita tadi, Ustaz tersebut TAHU agama, ( baru sahaja selesai menuntut di Universiti Islam,sudah tentu banyak ilmu agama yang telah dipelajarinya.. )MAHU beragama.( sentiasa mahu berbuat kebaikan, mahu mencegah kemungkaran, kaki masjid,rajin membaca al-Quran,malah berserban lagi..) tapi dalam bab MAMPU? Wallahu a'lam...

Sudah banyak kisah benar yang berlaku di sekililing kita yang menyentuh peribadi insan beragama seperti kita. Sebagai guru yang berpendidikan agama dan memberi didikan agama, saya memperingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan guru agar Sama-sama koreksi diri agar kita sentiasa berada di garisan dan landasan yang sepatutnya.

Mudah-mudahan golongan seperti kita akan sentiasa menghormati dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Ameen..

Tuesday, September 1, 2009

RaGaM DaMia ZaHra..

Damia merajuk sebenarnya ni..Dia ingat ummi tinggal dia sorang-sorang..padahal ummi pegi buatkan susu untuk dia je. Dia langsung tak sedar yang ummi tengah record ragam merajuk dia tu.Bila dia angkat je kepala, barula dia nampak rupanya saya ada je di depan dia dengan sebotol susu. apa lagi tersenyum-sengih la.. Alahai bucuk Ummi ni..sabau je ler..

Lagi Foto Damia Zahra

"Damia baru sudah mandi..nak keluar jalan2 dengan ayah dan ummi jap"
Gambar ni masa dalam buaian. Nampak handphone camera,dah ngantuk pun boleh senyum lagi si kecik nih..
Ni gambar masa baru balik dari rumah Mak pengasuh Damia petang tadi. Punya la dia buat perangai nak buka seatbelt carseat dia.sampai tergelongsor daripada carseat.nasib baik adik pakai seatbelt.kalau tak..mesti adik jatuh ke bawah..adik...adik..daya ketahanan badan tak macam babygirl ..dah macam babyboy la pulak..
Cak!!Hee...
" Amacam Ummi? Ok tak adik drive?" Ummi lambat sangat shopping.Adik drive dulu la ek.."

Foto Damia Zahra Bertudung

" Assalamualaikum...Nama saya Damia Zahra Binti Mohd Hafiz.
Di bawah ini adalah gambar-gambar saya yang anggun bertudung. hee.. Ni semua bukan keje Ummi saya tau.tapi keje Mak Uda saya tu la..suka sangat pakaikan tudung kat pale saya.Kadang-kadang saya rasa best pulak bila pakai tudung. Saya tak nangis pun...Saya kan budak baik...Semoga saya akan sentiasa menutup aurat bila besar nanti. InsyaAllah.."
Alamak ummi..kejapla..belum siap lagi nih..

Ni tudung lain pulak ke..

Alamak! Lupa pakai serkup pale la.. Ni keje Uda Damia la ni..suka sangat gayakan tudung kat pale Damia..

Sunday, August 23, 2009

Diari Seorang Isteri Yang Setia


Aduh...sakitnyer. ..isk.... .aduuh....Bang sakitnye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.

"Apelah awak nie....lama sangat nakbersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu.Nih mesti ader benda yang tak elokawak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu"rungut Zakri pd Nisa.

Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datangmemeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari(Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ..."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar...

"Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya.

"Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak,Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa.

Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa.Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan padaNisa. Tak sanggup Nisa hadapi semuaitu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.Nisa balik rumah dalam kesedihan.

Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi.Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapatmemberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa

"Jantan mana yang kau layan ?" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisa kan isteri Abang yang sah, tak kan Nisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri,suaminya yang sah. "Woi, benda-bendatu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri,bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu"marah Zakri."Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa."Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu. saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.

"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri.

"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka yang lahirkan saya ke dunia,"ucap Nisa sambil menangis. Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah keranaZakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan padaNisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah,mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya ,

"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri.

Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni,lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti" desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan,tak boleh tunggu ker,suka hati akulah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri."Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja" Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan dihantukkannya kepala Nisa ke dinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak.Pening kepala Nisa dibuatnya.

"YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YAALLAH" doa Nisa dalam hatinya.

Nisa memencilkan diri Nisa di sudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2.

"Bang,Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak. Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je...."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe.

"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan tempat kerja Zakri.

"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung,ha,ha,ha" gelak Zakri dan kawan-kawanlain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ade risau langsung pasal bini dia" cetus hati Azlan. "Aku lah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka di hujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri.

"Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laa.., apa aku nak risau lagi"jawab Zakri selamba.

"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri,sesal tak sudah nanti" kata Azlanlagi.

Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawabZakri."Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari

"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt .

Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari."Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan."Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri."Alah jom ler cepat" desak Zakri.

"Zakri, kami tak dapat selamatkanNisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...

Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil..."Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yangkritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu dioperation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kataDoktorJohari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa...

"YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri muka surat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, ILOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA" Assalamualaikum.. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan padaNisa sewaktu mula mengenali Abang.Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bilaAbang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi.Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?Abang... mukasurat nie khas utk Abang.Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkanAbang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial danDania tak tahu apa-apa. Itulahnhadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukandari darah daging Nisa...tapi Nisabersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini.Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa.Berjanji pada Nisa dan ingat DANIALdan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.Sekiranya Abang tidak sudi menerimaDanial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembarkita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.Wassalam.Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.Doakan Nisa. Ikhlas dari Nur Nisa

"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa.Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu.

YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.Belakang gambar itu tertulis... "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DI SAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.SEMOGAKEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannyaterhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa,Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yangbegitu sedih atas pemergian Nisa.Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.

Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajahZakri.

"Nisa Abang minta ampun dan maaf"bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya.Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir.Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu,berderai airmata dengan jutaan penyesalan...

YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YAALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YAALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH, Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni,mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakakipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusaraNisa...

*Kisah ini telah disalin daripada handphone penulis. entah macam mana boleh wujud dalam folder Quickoffice handphone tu tak taulah... Nak kata beli handphone 2nd hand, beli yang baru. Mungkin 'ter'salin daripada mana-mana sumber, masuk sekali dengan kisah ni. Tak tahulah sama ada ianya kisah benar mahupun 'plastik'. Mungkin ada yang pernah membacanya bolehlah maklumkan di sini akan kesahihannya. Yang penting sama-samalah kita mengambil iktibar terutamanya buat kaum Adam yang sedang bergelar suami mahupun yang belum bergelar SUAMI. Hargailah ISTERI anda seadanya..