Saturday, October 31, 2009

SELESAI...


Alhamdulillah..banyak betul perkara yang perlu diuruskan pada bulan Oktober yang lalu dan kini sebahagiannya telahpun selesai. Dalam kekalutan tesebut saya merasakan begitu lama saya tidak menulis di ruangan ini. Walaupun pada hakikatnya saya masih berkesempatan untuk 'menjenguk' blog sendiri dan orang lain bagi mengisi saat-saat kebosanan dengan kesibukan yang dialami sambil berkongsi pengetahuan yang makin tipis akhir-akhir ini.



Bermula dengan pelaksanaan KEM AQIL BALIGH di kalangan murid-murid Tahun 6, semua GPI dan Guru j-QAF terlibat bagi menjayakan program tersebut. Hajat di hati ingin memasukkan entri program tersebut tergendala disebabkan oleh faktor masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun semuanya dapat dijalankan dengan lancar.



Seterusnya Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 4 dan 5 masing-masing mempunyai 2 set soalan ( Kertas1 + Kertas2 ) yang perlu dijawab oleh murid-murid. Selesai imtihan, seperti biasa sesi pemeriksaan kertas jawapan murid pula perlu disegerakan memandangkan pengisian data e-pelaporan perlu dilaksanakan untuk penyerahan pada penghujung bulan Oktober. Alhamdulillah...perkara ini pun telah selesai dan dihantar pada Khamis baru-baru ini.



Namun pada hari ini masih ada 1 lagi perkara yang belum selesai. MAHRAJAN JQAF yang akan diadakan pada 3November 2009. Mudah-mudahan semuanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna hendaknya..

No comments:

Post a Comment