Saturday, June 27, 2009

Dua Dalam Satu..

Murid-murid sedang mengalunkan nasyid 'Doa Qunut'.

"Lipat sejadah kemas-kemas ye Anis!"

Beberapa orang murid sedang menyusun buku-buku dan majalah-majalah di rak musolla

Pandangan dari aras 2 bangunan sekolah SK Air Merah

27 Jun 2009, Sabtu- Hari ini sekolahku telah mengadakan satu gotong-royong yang melibatkan semua guru dan seluruh murid Tahun 4,5 dan 6. Kelihatan beberapa buah meja dan kerusi dijemur di dataran sekolah setelah dibersihkan oleh beberapa orang murid.Semua kawasan dan sudut di sekolahku turut dibersihkan.Untuk pengetahuan, aku tak terlibat pun..sebabnya kami ( aku, guru-guru P.Islam dan guru-guru jQAF ) dalam masa yang sama mengadakan KEM BESTARI SOLAT TAHUN3 kali ke2. Walau bagaimanapun, kami guru-guru P.Islam di SKAM turut sama mengadakan gotong-royong bersama murid-murid tahun 3 membersihkan musolla serta kawasan di sekililingnya di penghujung aktiviti Bestari Solat.Inilah yang dikatakan serampang dua mata..Mana tidaknya..susah betul nak cari masa untuk laksanakan program KBS pada hari Sabtu seperti hari ini. Mujurlah dengan keizinan Pn. Guru Besar SKAM dapatlah juga kami jayakan program KBS hari ni.

Sunday, June 21, 2009

SeLaMaT HaRi 'AyaH'..!



Kepada suami tersayang yang kini berada di kampung, Ummi dan Damia ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI BAPA.. Semoga abang dapat jadi ayah yang terbaik dan bertanggungjawab untuk anak kita. Nampaknya abang dah hampir berjaya menambat hati anak kita,yelah...dah makin manja si kecik tu dengan abang.anak bapak la katakan...Mudah-mudahan keluarga kita sentiasa dilimpahi rahmah dan inayah dariNya.Baiti Jannati Insya Allah..

Selamat Hari Bapa!


Pagi tadi masa aku on the way memandu ke tempat kerja sempatla pasangkan 'halwa telinga' kononnya dapat hilangkan ngantuk coz bangun awal pagi ni. Damia pulak sedap je tido di ruangan carseat di sebelah..aku angkat masuk kereta pun still pejam lagi mata. pnat asyik nerap je semalam agaknya..so aku perlahankan volume dan kedengaran la suara DJ radio dan caller2 wish kat kaum bapa masing2.Aku ingatkan dah lepas Hari Bapa ni. rupanya hari ni la baru Hari Bapa yang sebenarnya.Alhamdulillah...sempat lagi la aku nak wish ek..Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak macam mana la boleh ada date khusus untuk insan2 tertentu untuk diingati?Sape 'pengasas' semua tarikh2 penting ni?orang puteh la agaknye yek.. kalau bulan lepas (Bulan Mei) kita baru je sambut perayaan Hari Guru, Hari Ibu, Hari Jururawat la.bla..bla..semua tu ada kebaikannya.sedikit sebanyak kita telahpun dipupuk agar menyayangi, mengingati,menghargai dan menyanjungi insan2 tertentu di sekeliling kita. Biarpun dunia telah menetapkan tarikh2 khusus untuk insan2 tertentu,namun untuk kedua ibu dan bapa kita tidaklah seharusnya menghargai mereka pada hari tertentu sahaja. Sedari kecil aku sering terfikirkan mereka2 yang mengabaikan ibu bapa tanpa rasa belas. Terkadang timbul di sudut hati takut2 perkara yang sedemikian berlaku terhadap kedua ibu bapaku sendiri.Nauzubillahi min zalik!Sesungguhnya aku takut andainya Allah membolak-balikkan hatiku hingga terjadi sedemikian rupa. Allah itu Maha Berkuasa akan segala-galanya..Kepada Abah tersayang,Mohd Khairi b. Hj Hashim..Selamat Hari Bapa kakak ucapkan. Pengorbanan abah selama ini tak dapat kakak balas sepenuhnya.Doa dan harapan agar abah sentiasa menjadi abah terbaik untuk kami sekeluarga,suami terbaik untuk bonda tercinta serta atuk yang teristimewa untuk anakku Damia Zahra. Semoga abah dipanjang usia, dipermudahkan dalam segala urusan dan sentiasa memperoleh barakah dari-Nya.Ameen..

Friday, June 19, 2009

Aksi Damia..

Damia Zahra dan Ummi..Mari kita lihat aksi-aksi Damia Zahra meniarap.hee..
Haa...ni baru Damia cekap meniarap..lesen P la agaknya tu..

damia ni kalau dapat meniarap, sampai terjerit-jerit..syok sendiri kot.

alahai cayang ummi...sempat lagi nengok kamera masa tengah meniarap ek..!hati-hati nerap tuh..adik baru je dapat lesen 'L'..karang tersembam pulak..heee

1st time anak saya dapat meniarap betul-betul.sampai terjatuh dari tilam tuh..gambar ni diambil semasa di rumah keluarga mertua.

Monday, June 8, 2009

Selamat Pengantin Baru..

Bersama sepupuku Munirah m. njang, permaisuri sehari, dan adik bongsungku e-pah segak jugak mak cik nih...

Selamat Pengantin Baru.-Khadijah&Farizan..Moga Bahagia ke akhir hayat..

Aku, dia & kamu...




Pagi kelmarin sewaktu suamiku pulang daripada membeli sarapan seperti biasa aku sediakan minuman , piring dan mangkuk untuk mengisi hidangan. Suamiku diam memandang anakku Damia. aku sekadar memerhati sahaja..macam biasa lah..saja je kot..

tak lama selepas tu, suamiku memulakan bicara. Dia memberitahuku tentang keputusan pertukarannya. pada mulanya berdebar-debar juga.ye lah...sebelum ni kami sekeluarga cuma dapat tahu yang permohonan pertukarannya ke negeri kedah diterima.besar harapan aku yg dia akan dapat bertukar di daerah yg sama denganku.tapi apakan daya.. pagi tu sungguh xsangka rupa2nya pagi yg indah mula bertukar menjadi suram setelah berita yg disampaikannya itu agk mengecewakan aku dan damia. suamiku diminta melaporkan diri di daerah kelahirannya sendiri sewaktu sesi persekolahan bermula semula 13 Jun ini. sungguhpun damia zahra masih kecil namun aku begitu pasti yg suatu ketika dia pasti tercari-cari suara ayah kesayangannya,suara ayah yg sering mendodoikan tidur malamnya.. rasa sedih la plk aku..klu dulu, suami bekerja di perak( parit buntar ) masih mampu berulang-alik dari rumahku di kulim, tapi selepas ni xdapatla nk berulang-alik macam dulu lagi. nama je 1 negeri, tapi jauh tuu..klu nk b'ulang alik tiap ari. sabar je la...kalau setakat aku sorang x kisah sangat.pandai2 la nk hidup. tapi sejak ada baby ni rasa berat sgt kalau stay berdua je dgn baby. tah macam mana la perasaan ibu tunggal yg betul2 tunggal tu ek?aku ni sekadar ibu 'tinggal' sementara je dah rasa lain mcm.

dalam keadaan ni ada macam2 perasaan. rasa bersyukur pn ada sebab suami dah dapat kembali ke negeri sendiri..rasa sedih pun ada sebabnya kena stay berjauhan antara satu sama lain.

Apa2pun, aku bersyukur sangat dengan kurniaan Allah s.w.t. aku dah pn memiliki keluarga yg cukup membahagiakan aku. namun kita perlu faham dan mengerti akan qada' dan qadar Allah, setiap sesuatu yang berlaku terhadap hamba-Nya itu pasti ada rahmat dan hikmah di sebaliknya. mungkin Allah nak uji kesabaran kami ke..kesetiaan aku dan suami ke..mudah2an perjalanan kehidupan keluarga kami sekeluarga dipermudahkanNya. InsyaAllah..