Showing posts with label Info Muslim. Show all posts
Showing posts with label Info Muslim. Show all posts

Sunday, November 8, 2009

TaZkiRaH HaTi..

Kita suka bila kita DIPERCAYAI

tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

Kita suka bila kita DISANJUNGI

tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?

Kita tidak suka DICACI

Tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?

Kita tidak suka DIKHIANATI

Tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?

Kita tidak suka MENZALIMI

Tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain?

Kita tidak suka DIBENCI

Tetapi kenapa kita suka membenci orang lain?

Kita tidak suka DISAKITI

Tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?

Kita tidak suka DIPERSALAHKAN

Tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?

Kita tidak suka DIKRITIK

Tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?

Kita tidak suka hak kita DIRAMPAS

Tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?

Kalau kita ingin DIHORMATI

Kita juga mesti BELAJAR MENGHORMATI orang lain

Kalau kita ingin DIHARGAI

Kita juga mesti BELAJAR MENGHARGAI orang lain

Kalau kita ingin DIFAHAMI

Kita juga mesti BELAJAR MEMAHAMI orang lain

Kalau kita ingin DIKASIHI

Kita juga mesti BELAJAR MENGASIHI orang lain

Kalau kita ingin DISAYANGi

Kita juga mesti BELAJAR untuk MENYAYANGI orang lain.

Kita suka bila kita DIPERCAYAI

Kita suka bila kita DIHARGAI

Kita suka bila kita DIHORMATI

Kita suka bila kita DIKASIHI

Kita suka bila kita DIFAHAMI

Kita suka bila kita DISAYANGI

Kita juga suka bila kita DIPUJI...

Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MEMUJI PENCIPTA dan PENTADBIR alam semulajadi?

Kita juga suka bila kita DICINTAI

Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MENCINTAI dan MENCARI CINTA RABBUL IZZATI?

Kenapa kita begini???

Ketuklah HATI...KOREKSI PERIBADI..

Moga kita sama-sama dapat koreksi diri dan sentiasa dirahmati Ilahi Rabbi. Insya Allah...

Saturday, September 12, 2009

PanTas ke Tak?

Sebentar tadi saya cuba surf net. Macam biasa bila ada masa terluang suka sangat baca blog rakan-rakan jQAF tak kira la di mana jua mereka berada. Saya tertarik setelah membaca 'blog mendidik' milik ustaz Nazri. Ada disertakan Ujian Kepantasan Menaip ( Malaysian Typing Speedtest ). Apa lagi...saya cuba la turut serta menguji kepantasan jemari saya dalam menaip. Ternyata saya masih benar-benar belum mahir dalam bab taip-menaip ni. Bagus juga bila diwujudkan ujian sebegini di dalam internet. Tidak semua di kalangan kita yang berpeluang untuk menguji kepantasan menaip secara kendiri. Keputusan bagi hasil ujian menaip saya adalah seperti berikut...

SAYA MENAIP 32 PERKATAAN SEMINIT..

"Kamu mencapai 164 markah,
jadi kamu berada di posisi 3597 dari 9790 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 209 aksara seminit
Kamu mendapat 32 perkataan betul dan kamu mendapat 0 perkataan salah"

Rakan -rakan yang ingin mencuba bolehla klik di sini..http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Saturday, September 5, 2009

TAHU, MAHU & MAMPU?

Assalamualaikum.Sekadar ingin berkongsi. . Saya baru sahaja selesai menonton sebuah drama yang bertajuk "Antara Garisan" yang ditayangkan di Saluran Astro Ria sebentar tadi.
Pelbagai persepsi timbul di benak fikiran saya. Pada pandangan saya, seandainya sesuatu perkara itu dipandang dari sudut positif, maka positif lah ia. Manakala jika ia diberi penilaian dari sudut yang sebaliknya maka yang kita peroleh adalah sebaliknya jua.
Mungkin sebilangan sahaja yang berpeluang menonton drama tersebut. Namun saya yang ditemani anak kecil ( berdua sahaja )mengambil peluang menonton bersama sambil menyeterika pakaian kerja saya dan suami untuk esok hari.

Saya berasa tertarik untuk menonton kisah tersebut hingga ke akhirnya ekoran kisah ini melibatkan watak seorang USTAZ yang baru sahaja mula berkhidmat di sebuah sekolah menengah setelah tamat belajar di salah sebuah universiti tempatan. Ringkasnya di sini, di dalam kekeliruan di sebalik hasutan syaitan yang bertopengkan manusia, USTAZ muda ini dalam masa yang sama begitu teruja untuk berjihad di jalan Allah ( Amar Maaruf Nahi Mungkar ).Namun perlaksanaan jihadnya itu telah menyalahi norma keislaman yang sebenar di mana beliau telahpun menggunakan kekerasan dalam mencegah kemungkaran yang berlaku di ketika itu. Sedar tak sedar USTAZ tersebut telah diberi ujian oleh Allah S.W.T dengan kehadiran seorang wanita yang istimewa pada pandangan mata hatinya. Akhirnya dirinya sendiri yang sentiasa disanjung oleh masyarakat sekeliling telah menjebakkan diri sendiri ke kancah perzinaan tanpa dia sedari. Kisah ini seolah-olah menggambarkan balasan Allah terhadap hambaNya yang telah mengaibkan saudara seIslamnya.

Di sinilah pentingnya kawalan AKAL terhadap kata HATI. Dalam kesamaran kita berkemungkinan terjerumus ke satu garisan halus yang boleh menyesatkan sesiapa sahaja seandainya sesuatu tindakan yang diambil itu tiada pertimbangan AKAL dan IMAN.

Rata-rata golongan yang berpendidikan agama seperti kita akan dipandang tinggi dan mulia di kalangan masyarakat. Namun hakikatnya tidak semua insan yang berpendidikan agama itu benar-benar berpengeTAHUan dalam berAGAMA.

Bukan saya ingin merendah-rendahkan martabat guru agama seperti saya, tetapi sekadar meminta golongan berkenaan seperti saya untuk membuat penilaian ke atas diri masing-masing. Suka saya memetik satu petikan daripada karangan Yg Berbahagia Ustaz Hasrizal di dalam karya beliau yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya" yang mana beliau telah menyatakan peri pentingnya kita sebagai masyarakat untuk membezakan di antara golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Apabila saya terbaca petikan ini saya cuba menganalisa diri. Di manakah kedudukan saya yang sebenarnya? Jika dilihat pada cerita tadi, Ustaz tersebut TAHU agama, ( baru sahaja selesai menuntut di Universiti Islam,sudah tentu banyak ilmu agama yang telah dipelajarinya.. )MAHU beragama.( sentiasa mahu berbuat kebaikan, mahu mencegah kemungkaran, kaki masjid,rajin membaca al-Quran,malah berserban lagi..) tapi dalam bab MAMPU? Wallahu a'lam...

Sudah banyak kisah benar yang berlaku di sekililing kita yang menyentuh peribadi insan beragama seperti kita. Sebagai guru yang berpendidikan agama dan memberi didikan agama, saya memperingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan guru agar Sama-sama koreksi diri agar kita sentiasa berada di garisan dan landasan yang sepatutnya.

Mudah-mudahan golongan seperti kita akan sentiasa menghormati dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Ameen..

Tuesday, August 18, 2009

SoLaT BesTaRi, JiWa RaBBaNi..

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,Ibadatku,hidupku,matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud.

Ya Allah, ampunilah daku,Rahmatilah daku,kayakan daku,angkatlah darjatku, rezekikan daku,berilah aku hidayah,sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal.

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telahEngkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan,
dan tidaksesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang 'ummi' dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

*Sebagai peringatan untuk diri sendiri juga untuk para sahabat..Renung-renungkan dan selamat beramal..

PRAYER...
I ASKED FOR STRENGTH
AND ALLAH GAVE ME DIFFICULTIES TO
MAKE ME STRONG
I ASKED FOR WISDOM
AND ALLAH GAVE ME PROBLEMS TO
SOLVE
I ASKED FOR PROSPERITY
AND ALLAH GAVE ME BRAIN AND
BRAWN TO WORK
I ASKED FOR COURAGE
AND ALLAH GAVE ME DANGERS TO
OVERCOME
I ASKED FOR LOVE AND ALLAH GAVE
ME TROUBLED PEOPLE TO HELP
I ASKED FOR FAVOURS
AND ALLAH GAVE ME OPPORTUNITY
I RECEIVED NOTHING I WANTED
I RECEIVED EVERYTHING I NEEDED
MY PRAYER HAS BEEN ANSWERED
Puisi Inggeris ni adalah pemberian daripada 'boss' aku kalau tak salah aku telah menerimanya pada tahun 2006, Tahun kedua aku berkhidmat di sekolah ini. Aku simpan, aku tampal di softboard bilik bacaan rumah aku. Bagi aku puisi ni merupakan 'motivator' terbaik bagi setiap individu yang sering dilanda pelbagai persoalan dan permasalahan jiwa dan rohani yang sukar untuk diatasi. Seandainya hadir bisikan2 jahat yang menjawab segala persoalan di benak fikiran, segeralah beristighfar dan cubalah renung2kan puisi ini..Sebarang komen daripada para pembaca adalah dialu-alukan.

Saturday, August 8, 2009

Persoalan yang membimbangkan ummat!

Assalamualaikum buat rakan-rakan blog dan para pembaca yang menziarahi blog ini. Sejak kebelakangan ini kesihatan ummat manusia sering diancam penyakit yang berbahaya lagi ditakuti dan dibimbangi sekiranya ia berakhir dengan maut. Walau bagaimanapun, kita sebagai hamba-Nya seharusnya berusaha untuk menjaga kesihatan diri masing-masing walau dengan apa cara sekalipun. Penulis juga didapati tidak berapa sihat sejak pulang dari berkursus baru-baru ini. Atas rasa kebimbangan penulis mencari-cari maklumat untuk pengetahuan diri sendiri juga untuk dikongsi bersama rakan-rakan pembaca.Mudah-mudahan kita semua sentiasa dilindungi dan dipelihara oleh Allah S.W.T hendaknya.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.


Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.


Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.


Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan . Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering.


Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.


Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;• Tidak minum air yang secukupnya;• Tidak bangun dan berinteraksi;• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;• Demam dan beruam.


Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius dan satu kematian.


*Mudah-mudahan Allah melindungi hamba-hamba-Nya dari penyakit yang berbahaya ini.

Tuesday, May 26, 2009

Nilai sehelai tudung..

Saya ada terbaca satu artikel,
baru je tadi. bila saya baca ada rasa 1 macam je..terfikir sejenak.bukannya apa, td masa d tpt keje adala sorang akak tgh try gayakan tudung yg memang wanita sekarang tengah 'gila' dgn trend tudung yg mcm tu.dan x terkecualila sy yg sbg wanita biasa turut 'jatuh hati' dengan tudung yg sebegitu. tapi xdela niat nk menunjuk2 sptmana yg dperkatakan. cuma rasionalnya bg sy tudung yg sebegitu, mudah untuk dipakai even d waktu yg tgesa-gesa skalipun. xperlu byk brooch, simple, cepat dan mudah dipakai. Artikel ni sy cuba muatkan di dalam blog sy agar dpt dikongsi bersama. Ada benarnya kata sahabat kita ni.papepn, sama2lah kita fikir,renung2kan dan betulkan niat masing2.InsyaAllah..
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.

Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing.

Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam.

Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.