Wednesday, July 15, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKAM 2009

Dah lama rasanya tak menulis di blog ni.bukannya apa..sejak kebelakangan ni rasa macam tak sempat pulak.asal balik je dari sekolah masa banyak dihabiskan bersama damia.sejak dia dah pandai meniarap,dah pandai senyum,dah pandai mengecam wajah-wajah orang terdekat dengan dia ni..pandaila pulak dia nak merap ummi dia.memang balik rumah dia asyik nak kita layan dia dan main-main dengan dia ja. Memangla kadang-kadang tu rasa terhibur pulak tengok dia asyik gelak dan tersengih-sengih.hajat di hati nak buka laptop pun terbatal bila tengok senyuman si kecik tu yang seolah-olah minta dirinya dilayan. Tapi walau macam mana sekalipun aku cuba juga untuk luangkan masa khabarkan serba sedikit mengenai aktiviti di sekolahku hari ini. Sebenarnya aku diamanahkan untuk bertugas di unit persembahan murid. Tapi atas budi bicara rakan-rakan setugas aku diminta pula untuk mengendalikan hadiah dan cenderahati bagi majlis Anugerah Cemerlang kali ini. tak kisahla apa-apapun tugas yang diberi.asalkan perjalanan aktiviti sepanjang hari ini dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.Alhamdulillah..Tahniah diucapkan kepada murid-muridku yang telahpun berjaya dengan cemerlang. Mudah-mudahan kalian akan terus cemerlang di dunia dan akhirat.
Pn. Guru Besar sedang mengiringi tetamu kehormat

Majlis dirasmikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah disampaikan oleh adik Wi'am bt Hj Ahmad Sayuti. Wi'am merupakan Qari'ah terbaik di sekolah aku.Baru-baru ni murid berkenaan telahpun berjaya mengharumkan nama sekolah dengan meraih pingat Johan Qariah di Peringkat Kebangsaan. Tahniah Wi'am..!
Sebahagian daripada hadiah-hadiah dan cenderahati yang telah disediakan
Bersama Cikgu Norlina setelah majlis berakhir.
Aku bersama rakan sejawat ( Ustazah Siti Rohani ) sedang 'take five' hilangkan penat di bilik tayangan.hehe..
Kelihatan murid-murid Pendidikan Khas yang turut hadir bagi menerima hadiah kecemerlangan masing-masing.

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKAM 2009



Para jemputan yang hadir. Kelihatan murid-murid Pendidikan Khas yang turut sama menerima anugerah khas kecemerlangan hadir bersama ibu bapa masing-masing