Showing posts with label j-QAF. Show all posts
Showing posts with label j-QAF. Show all posts

Wednesday, November 11, 2009

HARI JQAF PERDANA SKAM 2009

Salam Ukhuwah buat semua...

  • Rabu-11 November 2009- Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim telah mengadakan satu majlis khas bagi murid-murid JQAF 2005-2009 ('Hari j-QAF Perdana') bagi sesi 2009.


  • Antara aturcara yang terkandung di sepanjang majlis berkenaan ialah acara penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya khususnya ( bagi program-program tahunan - Perancangan strategik j-QAF : JAWI, AL-QURAN, B.ARAB & KEM BESTARI SOLAT ).


  • Selain itu, terdapat juga persembahan daripada murid-murid; antaranya Nasyid Bahasa Arab daripada murid-murid Tahun 2, Persembahan Sketsa daripada murid-murid Tahun 5 serta Nasyid Pendidikan Islam daripada murid-murid Tahun 1. Acara spontan ( Kuiz ) juga turut diadakan.

  • Murid-murid didapati begitu bersemangat untuk mengadakan persembahan, begitu juga para hadirin ( 'produk' j-QAF 2005-2009) begitu gembira menyaksikan persembahan yang disajikan.

  • Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya kami telah berjaya melaksanakan segala tugas-tugas / program-program yang telah dirancangkan sepanjang tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan j-QAF SKAM kerana telah bertungkus-lumus menyempurnakan majlis tersebut biarpun di celah-celah kesibukan mampu berkorban masa dan tenaga bagi kebaikan bersama.

  • Mudah-mudahan Majlis j-QAF Perdana pada tahun-tahun yang mendatang dapat diadakan dengan lebih meriah dan lebih baik daripada hari semalam. INSYA ALLAH...
Bergambar bersama Pn. Guru Besar SKAM.
Acara Penyampaian hadiah bagi mereka yang berjaya


Lakonan sketsa daripada murid-murid Tahun 5 " Suasana Subuh.."


Inilah produk-produk j-QAF...Generasi yang kelima ( Tahun 1 2009)
Persembahan daripada murid-murid Tahun 1.
"..Bil Uzuni Ana Asma'u..Ana Asma'u...Ana Asma'u.."
Bersemangat betul adik-adik ni...

'Bila Izrail datang memanggil...'
Sebahagian daripada lakonan sketsa murid-murid Tahun 5

That's all..
Moga ketemu lagi di lain tahun.
tak tahulah sama ada saya masih di sini lagi atau di madrasah lain pada tahun akan datang..
Biar apapun terjadi..
Di mana pun kita berada...
Semangat kita tetap sama..
Moga Ukhuwah Yang Terjalin
Berkekalan ke akhir hayat hendaknya.
Selamat Berjuang buat Semua.
HIDUP j-QAF!!

Sunday, August 9, 2009

Berjaya Georgetown Hotel, P.Pinang.

Pada 4,5 dan 6 Ogos 2009 penulis telahpun menghadiri satu kursus khas bagi Guru-guru Pendidikan Islam (j-QAF kohort 2005 ). Boleh dikatakan 99 peratus peserta yang hadir terdiri daripada rakan-rakan semaktab ambilan j-QAF 2005 di MPSAH,Sg. Petani. ( Kini dikenali sebagai IPSAH ). Rasa bersyukur pula kerana di samping menghadiri kursus dapat juga bersua kembali rakan-rakan seperjuangan suatu tika dahulu serta dapat bertukar-tukar fikiran mengenai selok-belok profesion perguruan. Antara pengisian yang diperoleh sepanjang berkursus ialah mengenai adab dan protokol bagi memartabatkan lagi imej keguruan P.Islam. Selain itu juga, etika kerja GPI turut disampaikan, Fiqh Aulawiyat dalam pengurusan Pendidikan Islam, kaedah menyediakan Perancangan Strategik dan banyak lagi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan Fasilitator: Ustaz Zulkifli,Ustaz Najib,Ustaz Muhsin,Ustazah Siti Hajar, Ustazah Shamsiah dan ramai lagi. Semoga segala perkongsian ilmu yang diketengahkan beroleh barakah dari-Nya. Insya Allah..
Penulis bersama rakan se'Daerah'.Kak Norhafilah dan Kak Nor Azlina

Sebahagian daripada peserta kursus KKGPI siri 1

Saturday, June 27, 2009

Dua Dalam Satu..

Murid-murid sedang mengalunkan nasyid 'Doa Qunut'.

"Lipat sejadah kemas-kemas ye Anis!"

Beberapa orang murid sedang menyusun buku-buku dan majalah-majalah di rak musolla

Pandangan dari aras 2 bangunan sekolah SK Air Merah

27 Jun 2009, Sabtu- Hari ini sekolahku telah mengadakan satu gotong-royong yang melibatkan semua guru dan seluruh murid Tahun 4,5 dan 6. Kelihatan beberapa buah meja dan kerusi dijemur di dataran sekolah setelah dibersihkan oleh beberapa orang murid.Semua kawasan dan sudut di sekolahku turut dibersihkan.Untuk pengetahuan, aku tak terlibat pun..sebabnya kami ( aku, guru-guru P.Islam dan guru-guru jQAF ) dalam masa yang sama mengadakan KEM BESTARI SOLAT TAHUN3 kali ke2. Walau bagaimanapun, kami guru-guru P.Islam di SKAM turut sama mengadakan gotong-royong bersama murid-murid tahun 3 membersihkan musolla serta kawasan di sekililingnya di penghujung aktiviti Bestari Solat.Inilah yang dikatakan serampang dua mata..Mana tidaknya..susah betul nak cari masa untuk laksanakan program KBS pada hari Sabtu seperti hari ini. Mujurlah dengan keizinan Pn. Guru Besar SKAM dapatlah juga kami jayakan program KBS hari ni.