Wednesday, November 4, 2009

JeJaK KaSiH..

MAAHAD CEMERLANG BUDAYA KITA...
Foto ini diambil ketika saya masih menuntut di SMKA Maahad Hamidiah Kajang sekitar tahun 1999 /2000. Rasa rindu pula saat-saat belajar bersama rakan-rakan.


Apalah khabarnya mereka sekarang.., semuanya sudah berumah tangga ke belum?sudah mempunyai anak-anakkah?bekerja di mana sekarang?Pelbagai soalan timbul dan ingin diutarakan seandainya dapat bertemu.


Zaman persekolahan sememangnya menyeronokkan saya terutamanya ketika saya menuntut di SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Bagi saya di situlah bermula segala-galanya..


Sebagai seorang pelajar / calon STPM, setiap pembelajaran memerlukan pengorbanan dan usaha yang berganda berbanding pelajar / calon peperiksaan selainnya. Di situlah platform bagi saya memulakan segalanya. Daripada seorang yang pendiam dan pemalu di dalam kelas, saya telah berubah menjadi seorang yang lebih berani ( berbanding sebelumnya ) dan tidak lagi seorang yang terlalu pemalu.


Mana tidaknya..setiap kali waktu P&P saya merupakan insan pertama yang perlu membentangkan hasil kerja saya mahupun tajuk perbahasan yang ditaklifkan oleh guru-guru memandangkan kedudukan saya adalah yang PERTAMA, paling tidak pun betul-betul DIHADAPAN meja guru.


Setiap kali tiba sesi pembentangan, pasti hati saya berdebar-debar..takut untuk bercakap..tidak yakin untuk berdiri di hadapan khalayak dan macam-macam lagi perasaan yang timbul dan bermain-main di fikiran.


Sedar tak sedar, entah bagaimana mampu juga rupanya saya hadapi semua itu walaupun pada hakikatnya saya rasa betul-betul tiada keyakinan diri . Bermula daripada situ saya rasa semakin berani, berkeyakinan diri dan rasa dihargai oleh guru-guru . Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan dan para guru kerana secara tidak sedar mereka lah ( pendorong ) yang menjadikan 'saya' sepertimana hari ini.
Hari ini saya berdiri sebagai seorang GURU..Saban hari berhadapan dengan murid yang bersifat PENAKUT , PEMALU dan TIADA KEYAKINAN seperi saya satu ketika dahulu. Bila berhadapan dengan murid-murid berkenaan, terbayang-bayang diri saya ketika masih di bangku sekolah. Saya cuba memberi keyakinan kepada mereka pula bahawa mereka juga BOLEH melakukannya.
Adakalanya saya cuba berkongsi kisah dan pengalaman belajar saya bersama murid dengan harapan mereka dapat berubah ke arah yang lebih positif , lebih bersemangat dan tidak seperti dulu lagi. Alhamdulillah, mereka mampu berubah juga akhirnya..
Berbalik mengenai sekolah lama saya.. di situ telah menjadikan saya dan rakan-rakan lebih akrab sesama sendiri serta guru-guru di situ sendiri. Benarlah ungkapan yang ada terpamer di sekolah berkenaan, " MAAHAD PENYAYANG" .. Guru-guru dan rakan-rakan, mereka benar-benar penyayang di mata hati saya. Ini adalah pandangan peribadi saya hasil daripada pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang menuntut di sekolah tersebut. Sekiranya ada pihak yang menyangkal pandangan saya itu adalah hak masing-masing.


Kepada rakan-rakan saya...terima kasih atas segalanya.Memori bersama kalian tak pernah terpadam di lubuk ingatan saya. SEMUSIM KITA BERSAMA, SEABAD TERASA MEMORINYA..


Kepada bekas guru-guru saya...antaranya Pn. Rohani ( Guru Kelas merangkap Guru B.Inggeris ),En. Arman Rusoff ( Guru B.Arab ),Pn. Rabiatul Adawiah ( Guru Usuluddin ),Pn Aziah ( Guru Syariah )Pn. Abidah, Pn. Azmah, En. Asri, Pn. Zubedah, (Semuanya Guru Pengajian Am), tidak lupa juga bekas Pengetua SMKAMH, Bonda Hjh Yong...Ayah Chik@ En. Mohsin ( Guru Bimbingan & Kaunseling ) terima kasih kerana membimbing saya dan rakan-rakan. Mudah-mudahan segala jasa dan bimbingan yang dicurahkan diberkati oleh Allah S.W.T.


Kepada rakan-rakan yahoogroups x-hamidians2000, cepat-cepatla bincang...bila date yang sesuai kita nak adakan reunion?


Mudah-mudahan diberi kesempatan oleh Allah Taala..kita akan bertemu lagi di suatu masa nanti. Ameen.

No comments:

Post a Comment