Saturday, October 31, 2009

SELESAI...


Alhamdulillah..banyak betul perkara yang perlu diuruskan pada bulan Oktober yang lalu dan kini sebahagiannya telahpun selesai. Dalam kekalutan tesebut saya merasakan begitu lama saya tidak menulis di ruangan ini. Walaupun pada hakikatnya saya masih berkesempatan untuk 'menjenguk' blog sendiri dan orang lain bagi mengisi saat-saat kebosanan dengan kesibukan yang dialami sambil berkongsi pengetahuan yang makin tipis akhir-akhir ini.



Bermula dengan pelaksanaan KEM AQIL BALIGH di kalangan murid-murid Tahun 6, semua GPI dan Guru j-QAF terlibat bagi menjayakan program tersebut. Hajat di hati ingin memasukkan entri program tersebut tergendala disebabkan oleh faktor masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun semuanya dapat dijalankan dengan lancar.



Seterusnya Peperiksaan Akhir Tahun bagi Tahun 4 dan 5 masing-masing mempunyai 2 set soalan ( Kertas1 + Kertas2 ) yang perlu dijawab oleh murid-murid. Selesai imtihan, seperti biasa sesi pemeriksaan kertas jawapan murid pula perlu disegerakan memandangkan pengisian data e-pelaporan perlu dilaksanakan untuk penyerahan pada penghujung bulan Oktober. Alhamdulillah...perkara ini pun telah selesai dan dihantar pada Khamis baru-baru ini.



Namun pada hari ini masih ada 1 lagi perkara yang belum selesai. MAHRAJAN JQAF yang akan diadakan pada 3November 2009. Mudah-mudahan semuanya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna hendaknya..

Wednesday, October 7, 2009

JaMuaN RaYa AiDiLfiTri JQAF


Pada hari Rabu bersamaan 7 Oktober 2009 saya bersama rakan-rakan guru j-QAF yang lain bertungkus-lumus menyediakan pelbagai juadah sempena Jamuan Aidilfitri anjuran Guru-guru j-QAF SK Air Merah. Alhamdulillah, semua yang kami rancangkan dapat berjalan dengan lancar. Walaupun di sekolah sering saja sibuk dan kesuntukan masa, kami tetap cuba sedaya-upaya mencari satu masa yang sesuai untuk mengadakan suatu majlis agar dapat mengeratkan lagi hubungan sesama guru dan staf tanpa mengira opsyen, agama dan pangkat..


Sebahagian daripada guru-guru sedang 'LAYAN DIRI'masing-masing untuk menjamu selera.

Antara hidangan yang kami sediakan..

Hayya Ta'al ila Ghurfati j-QAF!!Macam-macam ada...

Sebahagian daripada rakan-rakan guru dan staf yang hadir..

Sila lah...sila...jangan memalu yek!

makan kenyang-kenyang..!Kalau lapar jemputla datang lagi. heee..

Si Baju Biru...
Dari Kiri: Cik Siti Rohani,Saya ler..,Cik Cheah Huey Mei,Pn. Nur Shafinah dan Cik Syazwana..

Barisan Muallimah j-QAF SKAM 2009.
Terima kasih kepada semua yang hadir..Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada rakan-rakan saya. Tak lupa juga terima kasih buat Muallimin j-QAF : Ust Ahmad Bukhari, Ust Wan Mahadzir dan juga Ust Mohd Najib yang turut sama membantu sepanjang persiapan majlis jamuan ini.
InsyaAllah , Tahun depan kita anjurkan lagi..Moga ukhuwah berkekalan!! Salam Lebaran..