Monday, November 16, 2009

Aksi Damia Siri 2

Haa...dah lama tak upload foto2 si kecik nih.. kepada sesiapa yang rindukan tuan puteri ni, meh ler kite tatapi aksi-aksi anakanda tercinta saya ni..bukan main seronok lagi Damia bila terlepas dari 'kurungan' . Bergerak ke sana ke mari dengan baby walker kepunyaannya.
Damia ni suka sangat dengan angin. Kebetulan petang hari tu angin sepoi-sepoi lughah..hee..asyik gelak je sepanjang petang tu..hmm..seronok betul nengok dia happy..

Alah bucuk-bucuk ummi nih...buat apala...mata adik macam tu? angin kuat sangat agaknya..hihi..tak pun saja je nak tunjuk pose yang menarik depan kamera.

Uih...apalah yang menggelikan hati Damia Zahra agaknya ye..?Boleh kongsi dengan ummi dan kawan-kawan ummi tak?


" Saje je...Damia tak nak masuk rumah ok tak ummi? kita main-main kat luar je.." heee...


Demikianlah anakanda saya..sekarang dah ada gigi 4 batang. Baru pandai nak merangkak.berjalan or panjat-panjat belum lagi pun.seriau agaknya.
Pulak tu dah pandai jerit-jerit bila orang tak layan dia,rayau-rayau sorang2 dia dalam rumah,observe semua bilik yang ada sampaila ke dapur,spot check la konon...and then sepah-sepahkan barang dalam rumah.
Bila ummi marah dia buat dek je...macam takde perasaan and in the end...tampak lah gigi nya yang 4 batang tuh...heee..apa lagi..tersengih-sengih la depan ummi bila dah kena marah...lepas tu dia buat lagi.sabar je la..

Ok, till then..tunggu foto yg seterusnya yek..Akan menyusul Aksi Damia Siri3..

SeGaLaNya UntuKMu..

Ummi...adik nak mamam jugak la...
Hujung minggu lepas, kami sekeluarga saja-saja keluar outing ke Penang. Awal seminggu saya telah booking meja untuk dinner sama2 di salah sebuah hotel di sana. Memandangkan saya dan suami jarang bertemu, kami cuba luangkan masa untuk kami suami isteri dan tidak lupa juga masa untuk puteri tersayang.
Kadangkala rasa kasihan pula bila terkenangkan rutin harian saya sepanjang hari-hari bekerja. Rasa kasihan pada sang puteri...Asyik-asyik balik lewat. Jadi lewatlah waktu saya menjemputnya pulang ke rumah. Paling awal pun jam 3.30 baru dapat menjemputnya pulang. Tapi sejak akhir-akhir tahun ni suasana di sekolah begitu menyibukkan. Banyak perkara yang perlu diuruskan. Kalau boleh biarlah semuanya diselesaikan di tempat kerja. Atas alasan itulah saya sering pulang lewat begitu juga dengan rakan-rakan sekerja saya yang lain. Mahu tidak mahu jam 4 petang, 4.30 petang baru dapat berangkat ke rumah. Itu belum termasuk hari Rabu ( Ko-Kurikulum) jam 6 la jawabnya saya dapat bergerak .
Ummu Damia & Ibnatulhafiz..
Lain lah jika suami ada bersama. Dapatlah bergilir ganti menjemput anak pulang ke rumah. Sebaliknya semua hal saya lakukan sendirian. Setiap hari bila terdengar deruman enjin kereta saya di hadapan rumah pengasuh, Damia begitu gembira sekali.Melonjak-lonjak keriangan...Itu baru dengar bunyi enjin kereta..belum lagi dengar suara ummi nya..Damia...damia... Rasa keletihan yang saya rasai di tika itu lenyap begitu saja bila terpandang riak keriangan di hati sang anak. Begini rupanya rasa hati insan-insan yang sudah berkeluarga.Anak adalah penawar hati ibu dan ayah...Subhanallah..


Damia & Uda. Tengah tunggu ayah ambil kereta..Dah kenyang dah..

Berbalik pada makan malam hujung minggu lepas, turut serta adik bongsu saya yang sedang bercuti semester dari pengajiannya ( UiTM Shah Alam ). Setibanya di sini dapatlah juga dia menemani saya di hari-hari bekerja yang masih berbaki ni. Sampai bila la saya akan begini.. Mudah-mudahan suatu hari nanti kami sekeluarga dapat tinggal bersama. Insya Allah..
Maafla..Entri ni tak dapat disertakan gambar menu makan malam pun..Damia asyik nak tepuk, tarik dan cekau je makanan kat situ..So, letak dia jejauh sket daripada makanan.Hee..
Damia & ayah..Say Cheeez










Gambar atas feri...saje je...nak ambil angin..


Ok.. Setakat ini sahaja. Moga kita berkesempatan untuk outing lagi di lain hari,minggu or tahun..Utamakan Keluarga.... Segalanya Untukmu..Luv both of U..

Wednesday, November 11, 2009

HARI JQAF PERDANA SKAM 2009

Salam Ukhuwah buat semua...

  • Rabu-11 November 2009- Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim telah mengadakan satu majlis khas bagi murid-murid JQAF 2005-2009 ('Hari j-QAF Perdana') bagi sesi 2009.


  • Antara aturcara yang terkandung di sepanjang majlis berkenaan ialah acara penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya khususnya ( bagi program-program tahunan - Perancangan strategik j-QAF : JAWI, AL-QURAN, B.ARAB & KEM BESTARI SOLAT ).


  • Selain itu, terdapat juga persembahan daripada murid-murid; antaranya Nasyid Bahasa Arab daripada murid-murid Tahun 2, Persembahan Sketsa daripada murid-murid Tahun 5 serta Nasyid Pendidikan Islam daripada murid-murid Tahun 1. Acara spontan ( Kuiz ) juga turut diadakan.

  • Murid-murid didapati begitu bersemangat untuk mengadakan persembahan, begitu juga para hadirin ( 'produk' j-QAF 2005-2009) begitu gembira menyaksikan persembahan yang disajikan.

  • Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya kami telah berjaya melaksanakan segala tugas-tugas / program-program yang telah dirancangkan sepanjang tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan j-QAF SKAM kerana telah bertungkus-lumus menyempurnakan majlis tersebut biarpun di celah-celah kesibukan mampu berkorban masa dan tenaga bagi kebaikan bersama.

  • Mudah-mudahan Majlis j-QAF Perdana pada tahun-tahun yang mendatang dapat diadakan dengan lebih meriah dan lebih baik daripada hari semalam. INSYA ALLAH...
Bergambar bersama Pn. Guru Besar SKAM.
Acara Penyampaian hadiah bagi mereka yang berjaya


Lakonan sketsa daripada murid-murid Tahun 5 " Suasana Subuh.."


Inilah produk-produk j-QAF...Generasi yang kelima ( Tahun 1 2009)
Persembahan daripada murid-murid Tahun 1.
"..Bil Uzuni Ana Asma'u..Ana Asma'u...Ana Asma'u.."
Bersemangat betul adik-adik ni...

'Bila Izrail datang memanggil...'
Sebahagian daripada lakonan sketsa murid-murid Tahun 5

That's all..
Moga ketemu lagi di lain tahun.
tak tahulah sama ada saya masih di sini lagi atau di madrasah lain pada tahun akan datang..
Biar apapun terjadi..
Di mana pun kita berada...
Semangat kita tetap sama..
Moga Ukhuwah Yang Terjalin
Berkekalan ke akhir hayat hendaknya.
Selamat Berjuang buat Semua.
HIDUP j-QAF!!

Sunday, November 8, 2009

TaZkiRaH HaTi..

Kita suka bila kita DIPERCAYAI

tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?

Kita suka bila kita DISANJUNGI

tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?

Kita tidak suka DICACI

Tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?

Kita tidak suka DIKHIANATI

Tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?

Kita tidak suka MENZALIMI

Tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain?

Kita tidak suka DIBENCI

Tetapi kenapa kita suka membenci orang lain?

Kita tidak suka DISAKITI

Tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?

Kita tidak suka DIPERSALAHKAN

Tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?

Kita tidak suka DIKRITIK

Tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?

Kita tidak suka hak kita DIRAMPAS

Tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?

Kalau kita ingin DIHORMATI

Kita juga mesti BELAJAR MENGHORMATI orang lain

Kalau kita ingin DIHARGAI

Kita juga mesti BELAJAR MENGHARGAI orang lain

Kalau kita ingin DIFAHAMI

Kita juga mesti BELAJAR MEMAHAMI orang lain

Kalau kita ingin DIKASIHI

Kita juga mesti BELAJAR MENGASIHI orang lain

Kalau kita ingin DISAYANGi

Kita juga mesti BELAJAR untuk MENYAYANGI orang lain.

Kita suka bila kita DIPERCAYAI

Kita suka bila kita DIHARGAI

Kita suka bila kita DIHORMATI

Kita suka bila kita DIKASIHI

Kita suka bila kita DIFAHAMI

Kita suka bila kita DISAYANGI

Kita juga suka bila kita DIPUJI...

Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MEMUJI PENCIPTA dan PENTADBIR alam semulajadi?

Kita juga suka bila kita DICINTAI

Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MENCINTAI dan MENCARI CINTA RABBUL IZZATI?

Kenapa kita begini???

Ketuklah HATI...KOREKSI PERIBADI..

Moga kita sama-sama dapat koreksi diri dan sentiasa dirahmati Ilahi Rabbi. Insya Allah...

Wednesday, November 4, 2009

JeJaK KaSiH..

MAAHAD CEMERLANG BUDAYA KITA...
Foto ini diambil ketika saya masih menuntut di SMKA Maahad Hamidiah Kajang sekitar tahun 1999 /2000. Rasa rindu pula saat-saat belajar bersama rakan-rakan.


Apalah khabarnya mereka sekarang.., semuanya sudah berumah tangga ke belum?sudah mempunyai anak-anakkah?bekerja di mana sekarang?Pelbagai soalan timbul dan ingin diutarakan seandainya dapat bertemu.


Zaman persekolahan sememangnya menyeronokkan saya terutamanya ketika saya menuntut di SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Bagi saya di situlah bermula segala-galanya..


Sebagai seorang pelajar / calon STPM, setiap pembelajaran memerlukan pengorbanan dan usaha yang berganda berbanding pelajar / calon peperiksaan selainnya. Di situlah platform bagi saya memulakan segalanya. Daripada seorang yang pendiam dan pemalu di dalam kelas, saya telah berubah menjadi seorang yang lebih berani ( berbanding sebelumnya ) dan tidak lagi seorang yang terlalu pemalu.


Mana tidaknya..setiap kali waktu P&P saya merupakan insan pertama yang perlu membentangkan hasil kerja saya mahupun tajuk perbahasan yang ditaklifkan oleh guru-guru memandangkan kedudukan saya adalah yang PERTAMA, paling tidak pun betul-betul DIHADAPAN meja guru.


Setiap kali tiba sesi pembentangan, pasti hati saya berdebar-debar..takut untuk bercakap..tidak yakin untuk berdiri di hadapan khalayak dan macam-macam lagi perasaan yang timbul dan bermain-main di fikiran.


Sedar tak sedar, entah bagaimana mampu juga rupanya saya hadapi semua itu walaupun pada hakikatnya saya rasa betul-betul tiada keyakinan diri . Bermula daripada situ saya rasa semakin berani, berkeyakinan diri dan rasa dihargai oleh guru-guru . Saya amat berterima kasih kepada rakan-rakan dan para guru kerana secara tidak sedar mereka lah ( pendorong ) yang menjadikan 'saya' sepertimana hari ini.
Hari ini saya berdiri sebagai seorang GURU..Saban hari berhadapan dengan murid yang bersifat PENAKUT , PEMALU dan TIADA KEYAKINAN seperi saya satu ketika dahulu. Bila berhadapan dengan murid-murid berkenaan, terbayang-bayang diri saya ketika masih di bangku sekolah. Saya cuba memberi keyakinan kepada mereka pula bahawa mereka juga BOLEH melakukannya.
Adakalanya saya cuba berkongsi kisah dan pengalaman belajar saya bersama murid dengan harapan mereka dapat berubah ke arah yang lebih positif , lebih bersemangat dan tidak seperti dulu lagi. Alhamdulillah, mereka mampu berubah juga akhirnya..
Berbalik mengenai sekolah lama saya.. di situ telah menjadikan saya dan rakan-rakan lebih akrab sesama sendiri serta guru-guru di situ sendiri. Benarlah ungkapan yang ada terpamer di sekolah berkenaan, " MAAHAD PENYAYANG" .. Guru-guru dan rakan-rakan, mereka benar-benar penyayang di mata hati saya. Ini adalah pandangan peribadi saya hasil daripada pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang menuntut di sekolah tersebut. Sekiranya ada pihak yang menyangkal pandangan saya itu adalah hak masing-masing.


Kepada rakan-rakan saya...terima kasih atas segalanya.Memori bersama kalian tak pernah terpadam di lubuk ingatan saya. SEMUSIM KITA BERSAMA, SEABAD TERASA MEMORINYA..


Kepada bekas guru-guru saya...antaranya Pn. Rohani ( Guru Kelas merangkap Guru B.Inggeris ),En. Arman Rusoff ( Guru B.Arab ),Pn. Rabiatul Adawiah ( Guru Usuluddin ),Pn Aziah ( Guru Syariah )Pn. Abidah, Pn. Azmah, En. Asri, Pn. Zubedah, (Semuanya Guru Pengajian Am), tidak lupa juga bekas Pengetua SMKAMH, Bonda Hjh Yong...Ayah Chik@ En. Mohsin ( Guru Bimbingan & Kaunseling ) terima kasih kerana membimbing saya dan rakan-rakan. Mudah-mudahan segala jasa dan bimbingan yang dicurahkan diberkati oleh Allah S.W.T.


Kepada rakan-rakan yahoogroups x-hamidians2000, cepat-cepatla bincang...bila date yang sesuai kita nak adakan reunion?


Mudah-mudahan diberi kesempatan oleh Allah Taala..kita akan bertemu lagi di suatu masa nanti. Ameen.