Tuesday, September 15, 2009

Demam lagi...


Hari ni saya tak bekerja.Ambil cuti rehat 1 hari memandangkan Damia Zahra terkena demam panas dan selsema. Jarang dia demam panas sampai suhu badannya mencecah 38 darjah celcius. Masuk hari ni dah hari ketiga Damia demam.Saya cuba berikan ubat demam dan selsema yang masih berbaki sebelum ni. Ternyata ubat bekenaan masih belum mampu membantu menyembuhkan demam selsema tersebut.

Jadi saya mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik pada pagi ni ekoran waktu rawatan ( 5.30 - 9malam ) begitu sesak dengan pesakit kanak-kanak tambahan pula penyakit H1N1 semakin menular dan mudah tersebar di tempat-tempat yang sesak.

Pernah 1 hari saya dan suami ke klinik berkenaan (KULIM CHILD SPECIALIST CLINIC) sewaktu checkup Damia yang pernah demam sebelum ni..pada hari itu sahaja didapati 3pesakit yang dikenalpasti menghidapi Virus H1N1.Bimbang juga saya akan kesihatan Damia Zahra. Jadi kali ni saya cuba membawanya untuk dirawat pada waktu pagi yang didapati tiada 'kesesakan'.

Tadi terkejut juga saya setelah checkup doktor mengatakan yang semua tanda-tanda penyakit berbahaya itu terdapat pada anak saya. Tetapi doktor cuba meminta kebenaran saya untuk membuat ujian khusus bagi memastikan kesahihannya. Kecut perut saya dibuatnya.Kata doktor keputusan tersebut akan diperoleh setelah 15 minit.Macam-macam yang doktor lakukan pada Damia untuk dapatkan sampel 'flu' yang terdapat pada Damia. Damia menangis kesakitan.Berlinang air matanya. Kasihan saya memandangnya.Sebak hati..bergenang air mata saya. Cuba saya tahan.Hati saya menangis Tuhan sahaja yang tahu.Begini rupanya perasaan seorang ibu..Patutlah kata-kata ' IBU MANA YANG TAK SAYANGKAN ANAKNYA..'selalu bermain di bibir masyarakat.Rupanya inilah yang saya rasa. Baru hari ini saya dapat merasakan semua itu.Besarnya kasih sayang seorang ibu..

Setelah selesai saya menanti di luar kamar doktor dengan penuh debaran di hati. Mulut dan hati tak putus-putus berdoa kepada Allah mohon semua yang saya dengari sebentar tadi adalah tidak benar belaka.Mohon agar Allah permudahkan kehidupan Damia dan kami suami isteri.

Alhamdulillah..setelah 15minit berlalu,saya dipanggil semula untuk kembali ke kamar doktor. doktor mengesahkan yang keputusan yang diperoleh adalah NEGATIF. kata doktor mungkin virus yang dijangkiti Damia adalah virus biasa.berbeza dengan virus H1N1 biarpun tanda-tanda yang dikenalpasti adalah serupa.Kata doktor lagi Damia perlu adakan rawatan susulan di klinik berkenaan pada esok hari bagi memastikan kesihatannya sentiasa terkawal.Syukur Alhamdulillah..Mudah-mudahan tiada penyakit yang berbahaya menimpa anak saya. Pohon rakan-rakan doakan anak saya agar cepat sembuh.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment