Saturday, September 5, 2009

TAHU, MAHU & MAMPU?

Assalamualaikum.Sekadar ingin berkongsi. . Saya baru sahaja selesai menonton sebuah drama yang bertajuk "Antara Garisan" yang ditayangkan di Saluran Astro Ria sebentar tadi.
Pelbagai persepsi timbul di benak fikiran saya. Pada pandangan saya, seandainya sesuatu perkara itu dipandang dari sudut positif, maka positif lah ia. Manakala jika ia diberi penilaian dari sudut yang sebaliknya maka yang kita peroleh adalah sebaliknya jua.
Mungkin sebilangan sahaja yang berpeluang menonton drama tersebut. Namun saya yang ditemani anak kecil ( berdua sahaja )mengambil peluang menonton bersama sambil menyeterika pakaian kerja saya dan suami untuk esok hari.

Saya berasa tertarik untuk menonton kisah tersebut hingga ke akhirnya ekoran kisah ini melibatkan watak seorang USTAZ yang baru sahaja mula berkhidmat di sebuah sekolah menengah setelah tamat belajar di salah sebuah universiti tempatan. Ringkasnya di sini, di dalam kekeliruan di sebalik hasutan syaitan yang bertopengkan manusia, USTAZ muda ini dalam masa yang sama begitu teruja untuk berjihad di jalan Allah ( Amar Maaruf Nahi Mungkar ).Namun perlaksanaan jihadnya itu telah menyalahi norma keislaman yang sebenar di mana beliau telahpun menggunakan kekerasan dalam mencegah kemungkaran yang berlaku di ketika itu. Sedar tak sedar USTAZ tersebut telah diberi ujian oleh Allah S.W.T dengan kehadiran seorang wanita yang istimewa pada pandangan mata hatinya. Akhirnya dirinya sendiri yang sentiasa disanjung oleh masyarakat sekeliling telah menjebakkan diri sendiri ke kancah perzinaan tanpa dia sedari. Kisah ini seolah-olah menggambarkan balasan Allah terhadap hambaNya yang telah mengaibkan saudara seIslamnya.

Di sinilah pentingnya kawalan AKAL terhadap kata HATI. Dalam kesamaran kita berkemungkinan terjerumus ke satu garisan halus yang boleh menyesatkan sesiapa sahaja seandainya sesuatu tindakan yang diambil itu tiada pertimbangan AKAL dan IMAN.

Rata-rata golongan yang berpendidikan agama seperti kita akan dipandang tinggi dan mulia di kalangan masyarakat. Namun hakikatnya tidak semua insan yang berpendidikan agama itu benar-benar berpengeTAHUan dalam berAGAMA.

Bukan saya ingin merendah-rendahkan martabat guru agama seperti saya, tetapi sekadar meminta golongan berkenaan seperti saya untuk membuat penilaian ke atas diri masing-masing. Suka saya memetik satu petikan daripada karangan Yg Berbahagia Ustaz Hasrizal di dalam karya beliau yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya" yang mana beliau telah menyatakan peri pentingnya kita sebagai masyarakat untuk membezakan di antara golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Apabila saya terbaca petikan ini saya cuba menganalisa diri. Di manakah kedudukan saya yang sebenarnya? Jika dilihat pada cerita tadi, Ustaz tersebut TAHU agama, ( baru sahaja selesai menuntut di Universiti Islam,sudah tentu banyak ilmu agama yang telah dipelajarinya.. )MAHU beragama.( sentiasa mahu berbuat kebaikan, mahu mencegah kemungkaran, kaki masjid,rajin membaca al-Quran,malah berserban lagi..) tapi dalam bab MAMPU? Wallahu a'lam...

Sudah banyak kisah benar yang berlaku di sekililing kita yang menyentuh peribadi insan beragama seperti kita. Sebagai guru yang berpendidikan agama dan memberi didikan agama, saya memperingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan guru agar Sama-sama koreksi diri agar kita sentiasa berada di garisan dan landasan yang sepatutnya.

Mudah-mudahan golongan seperti kita akan sentiasa menghormati dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Ameen..

2 comments:

  1. Taajubnya k.za dgn penulisan munie ni..hebat sungguh idea yg dilontarkan..teruslah berkarya...untuk tatapan kami yg jahil ini..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih coz sudi baca entri saya.Xdela sangat..sekadar meluahkan bicara hati dan pandangan peribadi.saya pun masih "buah cempedak di luar pagar.. " sama2la kita muhasabah diri ek.

    ReplyDelete