Tuesday, September 15, 2009

Demam lagi...


Hari ni saya tak bekerja.Ambil cuti rehat 1 hari memandangkan Damia Zahra terkena demam panas dan selsema. Jarang dia demam panas sampai suhu badannya mencecah 38 darjah celcius. Masuk hari ni dah hari ketiga Damia demam.Saya cuba berikan ubat demam dan selsema yang masih berbaki sebelum ni. Ternyata ubat bekenaan masih belum mampu membantu menyembuhkan demam selsema tersebut.

Jadi saya mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik pada pagi ni ekoran waktu rawatan ( 5.30 - 9malam ) begitu sesak dengan pesakit kanak-kanak tambahan pula penyakit H1N1 semakin menular dan mudah tersebar di tempat-tempat yang sesak.

Pernah 1 hari saya dan suami ke klinik berkenaan (KULIM CHILD SPECIALIST CLINIC) sewaktu checkup Damia yang pernah demam sebelum ni..pada hari itu sahaja didapati 3pesakit yang dikenalpasti menghidapi Virus H1N1.Bimbang juga saya akan kesihatan Damia Zahra. Jadi kali ni saya cuba membawanya untuk dirawat pada waktu pagi yang didapati tiada 'kesesakan'.

Tadi terkejut juga saya setelah checkup doktor mengatakan yang semua tanda-tanda penyakit berbahaya itu terdapat pada anak saya. Tetapi doktor cuba meminta kebenaran saya untuk membuat ujian khusus bagi memastikan kesahihannya. Kecut perut saya dibuatnya.Kata doktor keputusan tersebut akan diperoleh setelah 15 minit.Macam-macam yang doktor lakukan pada Damia untuk dapatkan sampel 'flu' yang terdapat pada Damia. Damia menangis kesakitan.Berlinang air matanya. Kasihan saya memandangnya.Sebak hati..bergenang air mata saya. Cuba saya tahan.Hati saya menangis Tuhan sahaja yang tahu.Begini rupanya perasaan seorang ibu..Patutlah kata-kata ' IBU MANA YANG TAK SAYANGKAN ANAKNYA..'selalu bermain di bibir masyarakat.Rupanya inilah yang saya rasa. Baru hari ini saya dapat merasakan semua itu.Besarnya kasih sayang seorang ibu..

Setelah selesai saya menanti di luar kamar doktor dengan penuh debaran di hati. Mulut dan hati tak putus-putus berdoa kepada Allah mohon semua yang saya dengari sebentar tadi adalah tidak benar belaka.Mohon agar Allah permudahkan kehidupan Damia dan kami suami isteri.

Alhamdulillah..setelah 15minit berlalu,saya dipanggil semula untuk kembali ke kamar doktor. doktor mengesahkan yang keputusan yang diperoleh adalah NEGATIF. kata doktor mungkin virus yang dijangkiti Damia adalah virus biasa.berbeza dengan virus H1N1 biarpun tanda-tanda yang dikenalpasti adalah serupa.Kata doktor lagi Damia perlu adakan rawatan susulan di klinik berkenaan pada esok hari bagi memastikan kesihatannya sentiasa terkawal.Syukur Alhamdulillah..Mudah-mudahan tiada penyakit yang berbahaya menimpa anak saya. Pohon rakan-rakan doakan anak saya agar cepat sembuh.. InsyaAllah..

Monday, September 14, 2009

SaLaM AiDiLFitRi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum rakan-rakan pembaca semua.. rakan-rakan sepejabat, rakan-rakan jQAF di mana jua berada,rakan-rakan semaktab x-mpsah 2005,rakan-rakan x-hamidians kajang, rakan-rakan x-upm especially fac mate FBMK dan sesiapa sahaja yang mengenali.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, September 12, 2009

PanTas ke Tak?

Sebentar tadi saya cuba surf net. Macam biasa bila ada masa terluang suka sangat baca blog rakan-rakan jQAF tak kira la di mana jua mereka berada. Saya tertarik setelah membaca 'blog mendidik' milik ustaz Nazri. Ada disertakan Ujian Kepantasan Menaip ( Malaysian Typing Speedtest ). Apa lagi...saya cuba la turut serta menguji kepantasan jemari saya dalam menaip. Ternyata saya masih benar-benar belum mahir dalam bab taip-menaip ni. Bagus juga bila diwujudkan ujian sebegini di dalam internet. Tidak semua di kalangan kita yang berpeluang untuk menguji kepantasan menaip secara kendiri. Keputusan bagi hasil ujian menaip saya adalah seperti berikut...

SAYA MENAIP 32 PERKATAAN SEMINIT..

"Kamu mencapai 164 markah,
jadi kamu berada di posisi 3597 dari 9790 dalam senarai kedudukan
Kamu menaip 209 aksara seminit
Kamu mendapat 32 perkataan betul dan kamu mendapat 0 perkataan salah"

Rakan -rakan yang ingin mencuba bolehla klik di sini..http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Saturday, September 5, 2009

TAHU, MAHU & MAMPU?

Assalamualaikum.Sekadar ingin berkongsi. . Saya baru sahaja selesai menonton sebuah drama yang bertajuk "Antara Garisan" yang ditayangkan di Saluran Astro Ria sebentar tadi.
Pelbagai persepsi timbul di benak fikiran saya. Pada pandangan saya, seandainya sesuatu perkara itu dipandang dari sudut positif, maka positif lah ia. Manakala jika ia diberi penilaian dari sudut yang sebaliknya maka yang kita peroleh adalah sebaliknya jua.
Mungkin sebilangan sahaja yang berpeluang menonton drama tersebut. Namun saya yang ditemani anak kecil ( berdua sahaja )mengambil peluang menonton bersama sambil menyeterika pakaian kerja saya dan suami untuk esok hari.

Saya berasa tertarik untuk menonton kisah tersebut hingga ke akhirnya ekoran kisah ini melibatkan watak seorang USTAZ yang baru sahaja mula berkhidmat di sebuah sekolah menengah setelah tamat belajar di salah sebuah universiti tempatan. Ringkasnya di sini, di dalam kekeliruan di sebalik hasutan syaitan yang bertopengkan manusia, USTAZ muda ini dalam masa yang sama begitu teruja untuk berjihad di jalan Allah ( Amar Maaruf Nahi Mungkar ).Namun perlaksanaan jihadnya itu telah menyalahi norma keislaman yang sebenar di mana beliau telahpun menggunakan kekerasan dalam mencegah kemungkaran yang berlaku di ketika itu. Sedar tak sedar USTAZ tersebut telah diberi ujian oleh Allah S.W.T dengan kehadiran seorang wanita yang istimewa pada pandangan mata hatinya. Akhirnya dirinya sendiri yang sentiasa disanjung oleh masyarakat sekeliling telah menjebakkan diri sendiri ke kancah perzinaan tanpa dia sedari. Kisah ini seolah-olah menggambarkan balasan Allah terhadap hambaNya yang telah mengaibkan saudara seIslamnya.

Di sinilah pentingnya kawalan AKAL terhadap kata HATI. Dalam kesamaran kita berkemungkinan terjerumus ke satu garisan halus yang boleh menyesatkan sesiapa sahaja seandainya sesuatu tindakan yang diambil itu tiada pertimbangan AKAL dan IMAN.

Rata-rata golongan yang berpendidikan agama seperti kita akan dipandang tinggi dan mulia di kalangan masyarakat. Namun hakikatnya tidak semua insan yang berpendidikan agama itu benar-benar berpengeTAHUan dalam berAGAMA.

Bukan saya ingin merendah-rendahkan martabat guru agama seperti saya, tetapi sekadar meminta golongan berkenaan seperti saya untuk membuat penilaian ke atas diri masing-masing. Suka saya memetik satu petikan daripada karangan Yg Berbahagia Ustaz Hasrizal di dalam karya beliau yang bertajuk "Aku Terima Nikahnya" yang mana beliau telah menyatakan peri pentingnya kita sebagai masyarakat untuk membezakan di antara golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Apabila saya terbaca petikan ini saya cuba menganalisa diri. Di manakah kedudukan saya yang sebenarnya? Jika dilihat pada cerita tadi, Ustaz tersebut TAHU agama, ( baru sahaja selesai menuntut di Universiti Islam,sudah tentu banyak ilmu agama yang telah dipelajarinya.. )MAHU beragama.( sentiasa mahu berbuat kebaikan, mahu mencegah kemungkaran, kaki masjid,rajin membaca al-Quran,malah berserban lagi..) tapi dalam bab MAMPU? Wallahu a'lam...

Sudah banyak kisah benar yang berlaku di sekililing kita yang menyentuh peribadi insan beragama seperti kita. Sebagai guru yang berpendidikan agama dan memberi didikan agama, saya memperingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan guru agar Sama-sama koreksi diri agar kita sentiasa berada di garisan dan landasan yang sepatutnya.

Mudah-mudahan golongan seperti kita akan sentiasa menghormati dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Ameen..

Tuesday, September 1, 2009

RaGaM DaMia ZaHra..

Damia merajuk sebenarnya ni..Dia ingat ummi tinggal dia sorang-sorang..padahal ummi pegi buatkan susu untuk dia je. Dia langsung tak sedar yang ummi tengah record ragam merajuk dia tu.Bila dia angkat je kepala, barula dia nampak rupanya saya ada je di depan dia dengan sebotol susu. apa lagi tersenyum-sengih la.. Alahai bucuk Ummi ni..sabau je ler..

Lagi Foto Damia Zahra

"Damia baru sudah mandi..nak keluar jalan2 dengan ayah dan ummi jap"
Gambar ni masa dalam buaian. Nampak handphone camera,dah ngantuk pun boleh senyum lagi si kecik nih..
Ni gambar masa baru balik dari rumah Mak pengasuh Damia petang tadi. Punya la dia buat perangai nak buka seatbelt carseat dia.sampai tergelongsor daripada carseat.nasib baik adik pakai seatbelt.kalau tak..mesti adik jatuh ke bawah..adik...adik..daya ketahanan badan tak macam babygirl ..dah macam babyboy la pulak..
Cak!!Hee...
" Amacam Ummi? Ok tak adik drive?" Ummi lambat sangat shopping.Adik drive dulu la ek.."

Foto Damia Zahra Bertudung

" Assalamualaikum...Nama saya Damia Zahra Binti Mohd Hafiz.
Di bawah ini adalah gambar-gambar saya yang anggun bertudung. hee.. Ni semua bukan keje Ummi saya tau.tapi keje Mak Uda saya tu la..suka sangat pakaikan tudung kat pale saya.Kadang-kadang saya rasa best pulak bila pakai tudung. Saya tak nangis pun...Saya kan budak baik...Semoga saya akan sentiasa menutup aurat bila besar nanti. InsyaAllah.."
Alamak ummi..kejapla..belum siap lagi nih..

Ni tudung lain pulak ke..

Alamak! Lupa pakai serkup pale la.. Ni keje Uda Damia la ni..suka sangat gayakan tudung kat pale Damia..