Tuesday, December 22, 2009

Takziah..


Salam Tahun Baru Hijrah buat semua. Sepanjang cuti semester ni pelbagai peristiwa yang saya lalui. Ada suka, ada duka..ada yang membahagiakan jua ada yang mengecewakan..Hati terasa membuak-buak ingin menulis di ruangan ini tapi apakan daya kawasan yang didiami sepanjang pecutian mempunyai masalah liputan jaringan.

Sekadar membaca dan meninjau-ninjau blog sendiri pun mengambil masa yang agak lama. Atas alasan tersebut biarlah dipendamkan saja apa yang terbuku di benak fikiran ini. Tunggulah tiba saat dan ketika yang sesuai...

Jauh di sudut hati saya amat bersimpati dan berasa sedih sekali dengan berita yang diterima baru-baru ini.

Berita pemergian Ustaz Arman amat-amat mengejutkan saya dan ramai insan di sekelilingnya. Beliau telah PERGI dan TAKKAN KEMBALI..

Bagi saya Almarhum Ustaz merupakan seorang guru yang baik, bertanggungjawab, mengambil berat, mudah mesra dan tegas terhadap anak-anak didiknya.

Sepanjang saya berguru dengannya, kami ( saya dan rakan-rakan ex-hamidians STPM2000) amat akrab. Akrab bukan sahaja dengan Almarhum, malah bersama seluruh ahli keluarga terdekat beliau kami juga turut dijadikan seperti keluarganya sendiri.

Susah untuk dilupakan segala jasa dan pengorbanan seorang guru seperti beliau.
Barangkali mereka yang tidak kenal rapat dengan beliau akan menilai Almarhum dengan penilaian yang sebaliknya.
Perasaan terkilan makin terasa bila terkenangkan hajat beliau untuk turut serta dalam Majlis Reunion Bekas Pelajar Maahad (STPM2000) tahun hadapan. Menurut Almarhum, beliau sekeluarga akan pulang ke Malaysia barangkali pada bulan Julai. Memandangkan hajatnya untuk turut serta dalam majlis tersebut kami ( rakan-rakan ex-hamidians ) merancang untuk mengadakan majlis tersebut pada sekitar tarikh yang akan ditetapkan oleh beliau. Tapi apakan daya..kita hanyalah insan yang sentiasa mahu merancang yang terbaik untuk diri masing-masing, namun DIA yang Maha Berkuasa untuk menentukan malah menggagalkan segala yang kita rancangkan. Allah lebih sayangkan Almarhum..dalam usia 35 tahun DIA telah mengambil semula HAKNYA..

Doa saya mudah-mudahan Almarhum Ustaz Arman akan dirahmati Allah dengan rahmat Allah yang seluas-luasnya. Salam Takziah buat Ustazah Suriani ( isteri ) sekeluarga. Moga dipermudahkan segala urusan mereka sekeluarga..Amin

1 comment:

  1. selepas abis form 6 tak pernah jumpa arwah..tetapi pernah nampak arwah semasa solat jumaat di masjid negeri shah alam tetapi tak dapat tegur kerana arwah mcm tergesa-gesa keluar lepas solat..rupanya itulah kali terakhir jumpa arwah..

    ReplyDelete