Ok, till then..tunggu foto yg seterusnya yek..Akan menyusul Aksi Damia Siri3..
Monday, November 16, 2009
Aksi Damia Siri 2
Ok, till then..tunggu foto yg seterusnya yek..Akan menyusul Aksi Damia Siri3..
SeGaLaNya UntuKMu..
.jpg)
Ok.. Setakat ini sahaja. Moga kita berkesempatan untuk outing lagi di lain hari,minggu or tahun..Utamakan Keluarga.... Segalanya Untukmu..Luv both of U..
Wednesday, November 11, 2009
HARI JQAF PERDANA SKAM 2009
Rabu-11 November 2009- Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim telah mengadakan satu majlis khas bagi murid-murid JQAF 2005-2009 ('Hari j-QAF Perdana') bagi sesi 2009.
Antara aturcara yang terkandung di sepanjang majlis berkenaan ialah acara penyampaian hadiah bagi murid-murid yang berjaya khususnya ( bagi program-program tahunan - Perancangan strategik j-QAF : JAWI, AL-QURAN, B.ARAB & KEM BESTARI SOLAT ).
- Selain itu, terdapat juga persembahan daripada murid-murid; antaranya Nasyid Bahasa Arab daripada murid-murid Tahun 2, Persembahan Sketsa daripada murid-murid Tahun 5 serta Nasyid Pendidikan Islam daripada murid-murid Tahun 1. Acara spontan ( Kuiz ) juga turut diadakan.
- Murid-murid didapati begitu bersemangat untuk mengadakan persembahan, begitu juga para hadirin ( 'produk' j-QAF 2005-2009) begitu gembira menyaksikan persembahan yang disajikan.
- Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kerana akhirnya kami telah berjaya melaksanakan segala tugas-tugas / program-program yang telah dirancangkan sepanjang tahun ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan-rakan j-QAF SKAM kerana telah bertungkus-lumus menyempurnakan majlis tersebut biarpun di celah-celah kesibukan mampu berkorban masa dan tenaga bagi kebaikan bersama.
- Mudah-mudahan Majlis j-QAF Perdana pada tahun-tahun yang mendatang dapat diadakan dengan lebih meriah dan lebih baik daripada hari semalam. INSYA ALLAH...
Lakonan sketsa daripada murid-murid Tahun 5 " Suasana Subuh.."
Sunday, November 8, 2009
TaZkiRaH HaTi..
Kita suka bila kita DIPERCAYAI
tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
Kita suka bila kita DISANJUNGI
tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain?
Kita tidak suka DICACI
Tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?
Kita tidak suka DIKHIANATI
Tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
Kita tidak suka MENZALIMI
Tetapi kenapa kita suka menzalimi orang lain?
Kita tidak suka DIBENCI
Tetapi kenapa kita suka membenci orang lain?
Kita tidak suka DISAKITI
Tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
Kita tidak suka DIPERSALAHKAN
Tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
Kita tidak suka DIKRITIK
Tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
Kita tidak suka hak kita DIRAMPAS
Tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?
Kalau kita ingin DIHORMATI
Kita juga mesti BELAJAR MENGHORMATI orang lain
Kalau kita ingin DIHARGAI
Kita juga mesti BELAJAR MENGHARGAI orang lain
Kalau kita ingin DIFAHAMI
Kita juga mesti BELAJAR MEMAHAMI orang lain
Kalau kita ingin DIKASIHI
Kita juga mesti BELAJAR MENGASIHI orang lain
Kalau kita ingin DISAYANGi
Kita juga mesti BELAJAR untuk MENYAYANGI orang lain.
Kita suka bila kita DIPERCAYAI
Kita suka bila kita DIHARGAI
Kita suka bila kita DIHORMATI
Kita suka bila kita DIKASIHI
Kita suka bila kita DIFAHAMI
Kita suka bila kita DISAYANGI
Kita juga suka bila kita DIPUJI...
Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MEMUJI PENCIPTA dan PENTADBIR alam semulajadi?
Kita juga suka bila kita DICINTAI
Tetapi Kenapa kita sering saja lupa untuk MENCINTAI dan MENCARI CINTA RABBUL IZZATI?
Kenapa kita begini???
Ketuklah HATI...KOREKSI PERIBADI..
Moga kita sama-sama dapat koreksi diri dan sentiasa dirahmati Ilahi Rabbi. Insya Allah...
Wednesday, November 4, 2009
JeJaK KaSiH..

