Sunday, August 9, 2009

Berjaya Georgetown Hotel, P.Pinang.

Pada 4,5 dan 6 Ogos 2009 penulis telahpun menghadiri satu kursus khas bagi Guru-guru Pendidikan Islam (j-QAF kohort 2005 ). Boleh dikatakan 99 peratus peserta yang hadir terdiri daripada rakan-rakan semaktab ambilan j-QAF 2005 di MPSAH,Sg. Petani. ( Kini dikenali sebagai IPSAH ). Rasa bersyukur pula kerana di samping menghadiri kursus dapat juga bersua kembali rakan-rakan seperjuangan suatu tika dahulu serta dapat bertukar-tukar fikiran mengenai selok-belok profesion perguruan. Antara pengisian yang diperoleh sepanjang berkursus ialah mengenai adab dan protokol bagi memartabatkan lagi imej keguruan P.Islam. Selain itu juga, etika kerja GPI turut disampaikan, Fiqh Aulawiyat dalam pengurusan Pendidikan Islam, kaedah menyediakan Perancangan Strategik dan banyak lagi. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada barisan Fasilitator: Ustaz Zulkifli,Ustaz Najib,Ustaz Muhsin,Ustazah Siti Hajar, Ustazah Shamsiah dan ramai lagi. Semoga segala perkongsian ilmu yang diketengahkan beroleh barakah dari-Nya. Insya Allah..
Penulis bersama rakan se'Daerah'.Kak Norhafilah dan Kak Nor Azlina

Sebahagian daripada peserta kursus KKGPI siri 1

No comments:

Post a Comment