Sunday, August 2, 2009

Anak oh anak..



Setelah seminggu aku demam minggu ni baru sihat sepenuhnya.Alhamdulillah..bukan setakat aku je..abis satu famili demam. mula dengan suami yang jadi 'perintis'nya..elok dia sembuh sang isteri la pulak dijangkitinya..sehinggakan si kecik Damia Zahra pun turut merasai bahang demam selsema ni. 2 hari aku diberi MC. dipendekkan cerita Ahad, Isnin lepas aku tak ke sekolah, balik berehat di kampung bersama anakku Damia. si ummi demam, si anak pun demam, susah jugak aku dibuatnya. suami ada di kampung..dah bertukar ke sana apa boleh buat..semua beban terpaksa aku pikul sendiri. habis MC, hari Selasa aku mula bekerja semula. terpaksala berulang alik dari baling ke kulim. lebih kurang 1 jam perjalanan setiap hari aku ke tempat kerja. tak sampai pulak rasa hati nak bawa Damia bersama-sama aku setiap dinihari. bimbang demamnya berlarutan aku tinggalkan Damia bersama ibu dan adik perempuanku.mujurlah UiTM Shah Alam bercuti selama 1 minggu.dapatla adik perempuanku membantu aku dan ibu menjaga Damia.Kesian anak kecil tu..Sabar...Dugaan...
Minggu ni dapat berita lagi yang aku sekali lagi perlu meninggalkan Damia selama 3 hari. Aku diminta menghadiri kursus selama 3 hari di Penang, bermula 4hbOgos hinggalah 6 Ogos.Tinggal lagi si kecil tu..pening memikirkan di mana harusku tinggalkan anak kecilku. Nampaknya terpaksala aku tinggalkan dia bersama ayahnya di kampung. Elok-elok je Si kecil tu baru je baik dari demam dah kena tinggal lagi..sedihnya..Tak apalah..aku positif lagi..coobaa an...setiap sesuatu yang menimpa hamba-Nya pasti ada hikmahnya.tak tau lah macam mana dia di sana nanti. mudah-mudahan semuanya ok la hendaknya. Semalam dah la meragam 1 hari sampai malam. satu kerja pun aku tak dapat buat.Dia seolah-olah tak mau aku tinggalkan dia lagi.aku gerak je sikit merengek..kesian aku tengok puteri aku sorang tu. selalunya dia tak macam tu. senang je membesarkan dan mengasuh dia sebelum ni. tak adala banyak karenah sangat pun..Lagi sekali. Dugaan...Mudah-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan kehidupan kami sekeluarga."Allahumma yassirni wa la tu assir..."

2 comments:

  1. Sekarang ni memang la rasa berat tanggungjawab ni,lama-lama nanti,InsyaAllah ok la tu..mcm kakakmu ni..

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan..awat,abu nafiz ktne lak skrg ni?

    ReplyDelete