Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa!


Pagi tadi masa aku on the way memandu ke tempat kerja sempatla pasangkan 'halwa telinga' kononnya dapat hilangkan ngantuk coz bangun awal pagi ni. Damia pulak sedap je tido di ruangan carseat di sebelah..aku angkat masuk kereta pun still pejam lagi mata. pnat asyik nerap je semalam agaknya..so aku perlahankan volume dan kedengaran la suara DJ radio dan caller2 wish kat kaum bapa masing2.Aku ingatkan dah lepas Hari Bapa ni. rupanya hari ni la baru Hari Bapa yang sebenarnya.Alhamdulillah...sempat lagi la aku nak wish ek..Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak macam mana la boleh ada date khusus untuk insan2 tertentu untuk diingati?Sape 'pengasas' semua tarikh2 penting ni?orang puteh la agaknye yek.. kalau bulan lepas (Bulan Mei) kita baru je sambut perayaan Hari Guru, Hari Ibu, Hari Jururawat la.bla..bla..semua tu ada kebaikannya.sedikit sebanyak kita telahpun dipupuk agar menyayangi, mengingati,menghargai dan menyanjungi insan2 tertentu di sekeliling kita. Biarpun dunia telah menetapkan tarikh2 khusus untuk insan2 tertentu,namun untuk kedua ibu dan bapa kita tidaklah seharusnya menghargai mereka pada hari tertentu sahaja. Sedari kecil aku sering terfikirkan mereka2 yang mengabaikan ibu bapa tanpa rasa belas. Terkadang timbul di sudut hati takut2 perkara yang sedemikian berlaku terhadap kedua ibu bapaku sendiri.Nauzubillahi min zalik!Sesungguhnya aku takut andainya Allah membolak-balikkan hatiku hingga terjadi sedemikian rupa. Allah itu Maha Berkuasa akan segala-galanya..Kepada Abah tersayang,Mohd Khairi b. Hj Hashim..Selamat Hari Bapa kakak ucapkan. Pengorbanan abah selama ini tak dapat kakak balas sepenuhnya.Doa dan harapan agar abah sentiasa menjadi abah terbaik untuk kami sekeluarga,suami terbaik untuk bonda tercinta serta atuk yang teristimewa untuk anakku Damia Zahra. Semoga abah dipanjang usia, dipermudahkan dalam segala urusan dan sentiasa memperoleh barakah dari-Nya.Ameen..

No comments:

Post a Comment