Monday, June 8, 2009

Aku, dia & kamu...




Pagi kelmarin sewaktu suamiku pulang daripada membeli sarapan seperti biasa aku sediakan minuman , piring dan mangkuk untuk mengisi hidangan. Suamiku diam memandang anakku Damia. aku sekadar memerhati sahaja..macam biasa lah..saja je kot..

tak lama selepas tu, suamiku memulakan bicara. Dia memberitahuku tentang keputusan pertukarannya. pada mulanya berdebar-debar juga.ye lah...sebelum ni kami sekeluarga cuma dapat tahu yang permohonan pertukarannya ke negeri kedah diterima.besar harapan aku yg dia akan dapat bertukar di daerah yg sama denganku.tapi apakan daya.. pagi tu sungguh xsangka rupa2nya pagi yg indah mula bertukar menjadi suram setelah berita yg disampaikannya itu agk mengecewakan aku dan damia. suamiku diminta melaporkan diri di daerah kelahirannya sendiri sewaktu sesi persekolahan bermula semula 13 Jun ini. sungguhpun damia zahra masih kecil namun aku begitu pasti yg suatu ketika dia pasti tercari-cari suara ayah kesayangannya,suara ayah yg sering mendodoikan tidur malamnya.. rasa sedih la plk aku..klu dulu, suami bekerja di perak( parit buntar ) masih mampu berulang-alik dari rumahku di kulim, tapi selepas ni xdapatla nk berulang-alik macam dulu lagi. nama je 1 negeri, tapi jauh tuu..klu nk b'ulang alik tiap ari. sabar je la...kalau setakat aku sorang x kisah sangat.pandai2 la nk hidup. tapi sejak ada baby ni rasa berat sgt kalau stay berdua je dgn baby. tah macam mana la perasaan ibu tunggal yg betul2 tunggal tu ek?aku ni sekadar ibu 'tinggal' sementara je dah rasa lain mcm.

dalam keadaan ni ada macam2 perasaan. rasa bersyukur pn ada sebab suami dah dapat kembali ke negeri sendiri..rasa sedih pun ada sebabnya kena stay berjauhan antara satu sama lain.

Apa2pun, aku bersyukur sangat dengan kurniaan Allah s.w.t. aku dah pn memiliki keluarga yg cukup membahagiakan aku. namun kita perlu faham dan mengerti akan qada' dan qadar Allah, setiap sesuatu yang berlaku terhadap hamba-Nya itu pasti ada rahmat dan hikmah di sebaliknya. mungkin Allah nak uji kesabaran kami ke..kesetiaan aku dan suami ke..mudah2an perjalanan kehidupan keluarga kami sekeluarga dipermudahkanNya. InsyaAllah..

2 comments: