Tuesday, September 25, 2012

2012 yang sepi...

Sibuk sangat ka aku ni sampai tak sempat nak update blog...untuk tahun 2012 inilah kali pertama aku mula menulis blog.bukan setakat dah ber'kurun'tak menulis..malah menjenguk blog sendiri pun aku tak sempat. Mungkin perubahan cara hidup sekarang yang membuatkan aku memilih untuk melakukan sesuatu yang LEBIH PENTING daripada yang PENTING.Aku lebih pentingkan tugas 'periuk nasi' ku..Jua lebih pentingkan anak-anak dan suamiku.Berbeza dengan kehidupanku yang dulu..sempat sangat mekap2 blog..sempat sangatla post cerita-cerita hidupku di 'sekolahku syurgaku',anak kesayanganku, dan 'travel' blog-blog sahabat handai dan sesiapa jaga blogger yang langsung aku tak kenali..HOBI aku la sangat tuu...Tapi sekarang? sampai terlupa la password blog aku ni.sedih sangat...anyway..harap sangat-sangat dapat 'share' something dalam blog yang tak seberapa segak ni...janji blog ku yang usang ini terisi..buat followers selamat bertandang n thanks to all.Wassalam

Thursday, April 7, 2011

Botol Susu bebas Bisphenol A( BPA )



Salam sejahtera buat semua ibu-ibu dan bakal ibu..

Sudahkah anda menukarkan penggunaan botol susu anak anda daripada botol susu berBPA kepada bebas BPA? Ayuh bertindak segera biarpun pihak kerajaan belum bertindak mengharamkan penggunaan botol susu berBPA dengan serta-merta.

Demi keselamatan dan kesihatan kita bersama kita seharusnya bertindak dengan segera, dalam erti kata lain MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT..Bagi mereka yg berkemampuan, Tupperware merupakan salah satu jenama yang menghasilkan botol susu bayi dan kanak-kanak yang bebas BPA (Bisphenol A).

Kenapa Botol susu BPA diharamkan?

BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap ke dalam cecair susu. Menurut kajian Universiti Malaya telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius. Maklumlah kita akan merendam botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibancuh


Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungiBisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut: Nombor 7
a. Nombor 7 dan PC
b. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain
.
Sumber laman web rasmi KKM

So,Kalau anda inginkan botol susu yang bebas BPA ...belilah botol susu Tupperware yang bebas toksik,senang dipegang oleh bayi anda serta boleh diguna bertahun2 dan sekiranya pecah ia boleh ditukar dengan yang baru.
Berbaloi-baloiii....

Thursday, January 27, 2011

Happy Birthday!!



Selamat Hari Lahir diucapkan buat anak perempuan saya Damia Zahra..Dah lepas pn...celebrate pn lewat 1 hari,ok la tu...mg anak ummi dpanjangkan umur n rajin belajar kelak..Amiin..


Thursday, January 20, 2011

Melabur? ok ke tak..?

Semalam borak2 ngan hubby pasal Amanah Hartanah Bumiputera.Mulanya macam berminat je nak invest jgk..sbbnya dengar ramai dah yg terlibat dlm pelaburan ni.Sy mmg x pernah terlibat langsung dalam mana2 jenis pelaburan sblum ni even ASB yg sememangnya memang popular sblm ni sy x pernah join.pendek kata memang jahil n x pernah teringin la sebelum ni.

Tapi akhir2 ni bila ter'tonton' 1 iklan yg agak menarik minat saya pasal sorang mak cik yg dengan penuh bangganya datang buat sport check kt 1 bangunan ( yg kononnya pelaburan dia la tuh..)mcm best ja.bukan best pa pn..cuma rasa mcm nk 'cuba' ,'try', dan 'test' utk melabur especially dlm AHB yg hanya utk golongan bumiputera shj.

Tapi saya ni bukan mudah untuk terus join mcm 2 saja melainkan saya akan cuba 'siasat', kaji, dan renung2kan apakah yg saya akan saya 'dapat' selain keuntungan hasil daripada pelaburan tu? dipendekkan cerita semalam my hubby try la surf net pasal AHB ni.Yang kluar hanya la makluman asas nya sj. biasala adat berniaga...semua yg dikhabarkan hanyalah yg indah2 belaka.pendek kata cepat untung, cepat kaya.katanya ada asas syariah compliant..betul ke?itu yg meragukan hati nurani saya.

Malas nk banyak cerita tadi sy ada terbaca 1 blog yg saya follow. blogger ni mmg suka buat research dlm bab2 pelaburan dan kewangan.memang saya puas hati la dalam setiap entri yg dia terbitkan. saya dah mula meragui dan bimbang tentang kesahihan halal haram dalam keterlibatan pelaburan ni.hati saya mudah jadi kacau bila terjebak dalam perkara yang mgkn kita boleh kata syubhah..yg kita belum pasti status kehalalan sesuatu pelaburan atau apa2 jua perkara yang kita hadapi di dunia ni.

Sudah lumrah sifat dan naluri setiap individu sememangnya 'gelap mata' bila berhadapan dengan apa2 sahaja yg berkaitan dengan WANG ataupun 'KEKAYAAN SEGERA'.
Kalau fikir2 balik memang takut bila di akhirat nanti.Saham dunia OK..saham AKHIRAT? KO..Nauzubillah...kepada sesiapa yg berminat dalam pelaburan ni bukan saya nak menakut-nakutkan kalian..melaburlah dengan bijak.tapi berwaspadalah sebelum terjebak dan pastikan pelaburan yang kita terlibat sama tu tiada teribat dalam unsur perjudian dan sebagainya.Fikir2kan...dan selamat beramal..!!

Friday, September 3, 2010

Nurin Awatif...



Assalamualaikum...

Nama saya NURIN AWATIF BT MOHD HAFIZ..
Saya dilahirkan pada 2 Ramadhan / 12 Ogos 2010 di DBM Muslimah / Klinik Penawar Permatang Pauh..
Insya Allah..saya akan menjadi seorang anak yang solehah, taat pada perintah Allah dan rasul, Taat pada Ayah dan Ummi, dan berjaya di Dunia dan Akhirat.

Jangan terkejut ye kawan2 UMMI...Nurin Awatif dah pandai bercakap dan menaip lagi. hee..SELAMAT BERTAARUF! Wassalam..

Monday, April 26, 2010

Ayuh Refleksi HATi Koreksi DIRI!!


TUHAN tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia.Semua ada sebabnya. Semua ada gunanya. Semua ada hikmahnya. Terserah kepada manusia untuk mencari sebabnya, gunanya dan hikmahnya itu.

Tuhan hamparkan bumi ini dan mencipta segala sesuatu di dalamnya bukan semata-mata untuk manusia hidup dan berkembang biak di atasnya serta menggunakan segala khazanah kekayaan-Nya.

Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia ingin memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapa gerangan yang memasaknya.

Yang lebih penting, ia bertujuan supaya manusia dapat melihat secara zahir/fizik akan alam ciptaan Tuhan ini. Ini adalah bukti besar kepada manusia tentang wujudnya Tuhan. Ini sebenarnya adalah dalil bagi mereka tentang adanya Tuhan.

MENCARI TUHAN MELALUI CIPTAANNYA

Demikian juga di antara sebab Tuhan mencipta sekalian alam. Bukan saja alam syahadah atau alam yang nyata ini yang boleh dilihat oleh manusia tetapi juga alam-alam yang lain. Alam itu adalah alamat atau tanda akan wujudnya Tuhan. Segala apa yang Tuhan ciptakan itu ialah alam.

Alam itu ialah apa sahaja selain Tuhan. Hakikat kewujudan ini hanya ada dua. Satu Tuhan dan satu alam. Tuhan adalah Khaliq yang mencipta. Alam adalah makhluk yang dicipta. Ada alam maka sudah tentu ada Tuhan yang menjadikan.

Namun kebanyakan manusia hanya melihat tetapi mereka tidak nampak apa-apa. Kalaupun mereka nampak, mereka tidak dapat kaitkan alam ini dengan Tuhan. Penglihatan mereka hanya selapis sahaja. Manusia tidak dapat melihat apa yang ada di sebalik ciptaan Tuhan itu.

Penglihatan mereka seolah-olah terlindung dan terhijab. Sama saja seperti mereka melihat lukisan yang cantik. Mereka terpegun dan memuji kecantikan lukisan itu dan ingin memilikinya. Tidak terbayang di fikiran mereka siapa pelukisnya. Sama juga seperti orang yang memakan hidangan yang sedap dan lazat. Dia ingin memakannya sehingga habis. Tetapi tidak terlintas di fikirannya siapakah gerangan yang memasaknya.


BEZA MATA KEPALA, MATA AKAL & MATA HATI

Manusia sebenarnya dapat melihat dengan berbagai cara. Pertama, dengan mata kepala. Kedua, dengan mata akal. Ketiga, dengan mata hati. Tetapi jarang seseorang itu dapat melihat dengan ketiga-tiga mata ini. Kalau seseorang itu melihat hutan belantara dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak iaitu hutan yang tebal dan menghijau.

Kalau dia melihat dengan mata akal, maka akan terlihat balak dan kayu-kayuan yang dapat dijadikan bahan kekayaan. Kalau dia melihat dengan mata hati, dia akan nampak keagungan dan kehebatan Tuhan dan hikmah yang terkandung di dalam ciptaan hutan tersebut. Terasa di hatinya betapa hebatnya Tuhan.

Kalau seseorang itu melihat laut dengan mata kepala, maka itulah yang dia nampak adalah air yang luas dan membiru serta ombak yang tidak henti-henti memukul pantai. Orang yang melihat dengan mata akal akan nampak ikan di dalamnya yang dapat ditangkap dan dijual.

Orang yang melihat dengan mata hati pula akan nampak kehebatan Tuhan dan hikmah dalam ciptaan laut yang begitu luas dan dalam, yang sesiapa pun tidak tahu apakah rahsia yang tersimpan di dasarnya. Terasa betapa kerdilnya dia di hadapan Tuhan.

Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan. Hati mereka buta karena jiwa mereka telah mati

Siapa yang melihat dataran bumi dengan mata kepala, maka itulah saja yang dia lihat iaitu tanah dan batu-batuan. Sesiapa yang melihat dengan mata akal akan nampak minyak, emas, intan berlian dan segala macam logam yang terkandung di dalam perutnya.

Siapa yang melihat dengan mata hati pula akan nampak hebatnya perbuatan Tuhan yang telah menghamparkan bumi ini untuk dihuni oleh manusia di mana manusia boleh hidup dan mengabdi diri kepada Tuhan. Terasa di hatinya betapa pemurah dan pengasihnya Tuhan.

Namun demikian, kebanyakan manusia buta mata hatinya. Mereka hanya nampak apa yang menguntungkan dan yang boleh memuaskan kehendak nafsu mereka sahaja. Mereka hanya terangsang dengan nilai dunia yang ada pada sesuatu ciptaan itu. Mereka tidak nampak Tuhan di sebalik ciptaan-Nya. Alam tidak membawa mereka kepada Tuhan. Hati mereka buta karena jiwa mereka telah mati.

Jiwa mereka sudah tidak mampu berfungsi lagi. Mereka sudah tidak mempunyai rasa. Mereka tidak terangsang langsung dengan Akhirat. Mereka tidak ingin kepada Syurga. Mereka tidak takut kepada Neraka. Mereka tidak merasakan peranan Tuhan dalam hidup mereka.

TIDAK RASA DIRI HAMBA

Mereka tidak rasa bahawa Tuhan itu wujud. Kalaupun mereka tahu yang Tuhan itu wujud, tetapi hanya sebatas tahu saja. Ia belum menjadi suatu keyakinan atau satu pegangan. Justeru itu, soal Tuhan diambil ringan.

Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba. Selagi jiwa mereka ini tidak dihidupkan, selagi itulah mereka akan hanyut di alam dunia mengikut arus yang akan membawa mereka kepada kelalaian, kesesatan dan kebatilan.

Tidak ada rasa bertuhan. Apabila rasa bertuhan tidak ada, mereka pun tidak dapat merasakan bahawa mereka itu adalah hamba.

Berdoalah banyak-banyak dan buatlah kebajikan sebanyak mungkin agar Tuhan berkenan mencampakkan hidayah. Tanpa hidayah, manusia tidak akan dapat menjadi insan yang tulen yang layak menjadi hamba dan khalifah Tuhan. Setelah hidayah barulah datang ilmu. Setelah ilmu baru boleh yakin dan faham. Setelah faham, barulah dapat beramal.
Setelah jiwa hidup, mata hati akan celik.

Ketika itu, kita akan terlihat apa-apa yang tersembunyi selama ini. Tuhan akan angkat hijab bagi kita. Akan terbongkar segala rahsia yang tidak pernah kita tahu sebelum ini. Hati akan mudah dengan kebenaran dan jinak dengan kebaikan. Keyakinan datang tanpa perlu difikir dan diakal-akalkan.

Segala-galanya akan mudah difahami. Tuhan ada berfirman di dalam Al Quran, maksudnya: “ Sesungguhnya kami jadikan untuk Neraka jahanam, banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami. Yang mempunyai mata tetapi tidak mau melihat. Yang mempunyai telinga tetapi tidak mau mendengar. Mereka itu seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itu orang-orang yang lalai.”

Monday, March 1, 2010

Salam Perpisahan...



Tanggal 1 Mac 2010 merupakan hari yang terakhir bagi Puan Yuhanis selaku Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Air Merah. Majlis Perpisahan diadakan bersama seluruh warga SKAM pada hari tersebut. Kehilangannya amatlah dirasai memandangkan beliau merupakan seorang GB yang berdedikasi, bertanggungjawab serta mengambil berat dalam segenap perkara mahupun individu / murid di sekolah ini.Seluruh warga SKAM amat-amat berasa sedih dan hiba di atas berita pertukarannya ke sekolah yang baru.

Doa dan harapan agar Puan GB dapat menyesuaikan diri di sekolah berkenaan.Semoga bertemu kembali dan mudah-mudahan ukhuwah sesama kita akan berpanjangan..



Brothers - Untukmu Teman


Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya